Iqbal Akhirnya Jumpa Pengganti, Kini Rapat Dengan Penyanyi Indonesia
Perkongsian terbaru usahawan sensasi Ahmad Iqbal menjadi perhatian ramai apabila memuat naik foto dan video bersama seorang gadis sekaligus mencetuskan tanda tanya adakah dia sudah menemui cinta baru di sana.
Mengulas mengenai perkara itu, Iqbal berkata dia sedang mengenali seorang wanita dikenali sebagai Indah Nevertari merupakan seorang penyanyi.
BACA: DSV Berperang Dengan Iqbal Zulkefli Sebab Gegar Vaganza
Mula akrab sejak dua minggu lalu, Iqbal mengakui selesa berkawan dengan gadis berkenaan namun tidak mahu tergesa-gesa bercinta kerana mahu bersahabat terlebih dahulu.
View this post on Instagram
“Kami sekarang sedang kawan-kawan, boleh dikatakan kawan rapat. Kami bertemu di sebuah studio rakaman di Jakarta. Selepas saya post foto dan video bersama di Instagram memang ramai yang mesej mendoakan agar hubungan kami ini ke fasa seterusnya.
“Tapi buat masa ini saya belum bersedia lagi sebab saya lebih selesa berkawan dahulu, tak naklah baru kenal terus ajak bercinta, saya pun dah beritahu awal-awal mahu bersahabat dahulu supaya tak nampak macam bagi harapan.
“Tak perlu la nak tergesa-gesa tentang cinta sebab saya percaya soal jodoh sama ada cepat atau lambat pasti akan tiba juga… buat masa ini saya sangat selesa berkawan dengan Indah di sini,” katanya.
Dalam pada itu, Iqbal berkata dia terbuka hati untuk mengenali Indah kerana sikap gadis itu yang sangat menjaga solat serta tidak memandang harta.
“Banyak perkara mengenai Indah yang buatkan saya suka antaranya dia sangat menjaga solat. Kalau kami keluar ke mana-mana, dia akan ingatkan dan kami solat bersama-sama.
“Dia juga boleh menerima teguran, sentiasa terbuka dengan sebarang pendapat… Indah juga bukan orang yang materialistik atau memandang harta benda.
“Baru-baru ini saya nak belikan dia barangan berjenama mewah jenama Louis Vuitton dan Dior tapi semuanya dia tolak. Dia berkeras tak mahu,” katanya.
no wonder la sebelum ni gigih nk rapat dgn rossa.. ada udang rupanya.. kawan dgn retis, esok lusa keluar la lagu duet….. ni marketing style kebal…
Nampak mcm lakonan je
Lakonan je tu. Nmpk awkward je. Ha3 Bebal Bebal
Berlakon utk marketing. Berlakon utk femeskan diri yg x femes
Dia ok ker takk?? hahah nampak sangat acting plus perempuan bayar without counting the money ?? terus bagi dekat casher? good job both of you lakonan yang mantap. okey next DSV
artis juga pilihan kau iqbal….gigit jari dato vida..
sepengalaman saya, ssh lah kwen dgn org bkn senegara, byk kli turun naik imigresen pasal registration, renewal dn sebagainya..boleh jdi gaduh. melainkan cinta sejati dn sabar. naik ke imigresen pulak mgkn setahun 2 kli..penat ooo…mcm2 dokumen nk settle, itupun jika daftar kawen cara yg sah di sisi undg2 negara masing2. Tapi akhirnya sng, jika cara perkawenan tak ikut undg negara masing2, ssh di akhirnya..fikir2kan.
dia ni sapa… ape kena mngena dia dgn industri hiburan kite….
Gigih nak mengfofularkan diri yg SENDU.
Bila dah terkenal dilorong-lorong Bukit Bintang dan Indon ko boleh jadi seperti Sajat yg berjaya sebagai scammer jual product timbang kilo untuk stokist stokist dan agent agent Bodoh.
Cukup cukup la orang Malaysia support mangkuk mangkuk jelmaaan Vidagumuk.
Formula cerita bodoh bersiri-siri.
dia ni mcm ni… dia femes sbb DSV..
KITE PN KENAL DIA DARI DSV…
sekali dh gaduh ngn dsv..
dia takut bisness dia jatuh..jd dia buat bodoh2 utk marketing sebiji mcm dato alif shukri buat dlu… jd penyanyi la, tunjuk2 riak la, buat2 tnye la..nanti netizen komen..
so ni last aku komen pasal mamat ni..sbb xde faedah lahh
sekian terima kasih