fbpx

DSV Berperang Dengan Iqbal Zulkefli Sebab Gegar Vaganza

Baru-baru ini, Usahawan sensasi, Ahmad Iqbal Zulkefli meluahkan hasrat untuk menaja program realiti terkenal, Gegar Vaganza, musim hadapan.

Menerusi komen Instagram mStar, Iqbal berkata dia sebolehnya tidak mahu disamakan dengan penaja-penaja yang terdahulu. Katanya, dia juga tidak akan mengambil kesempatan semata-mata untuk menjual produk sahaja di program realiti popular itu.

BACA: Iqbal Zulkefli Mahu Taja Gegar Vaganza Musim Depan

Tidak menyebut mana-mana pihak, bagaimanapun komen Iqbal itu menimbulkan rasa kurang senang bekas majikannya, Datuk Seri Vida. Memuat naik komen Iqbal di Instagram, Vida berkata kenyataan tersebut seakan ditujukan kepadanya.

Vida turut menyelar Iqbal serta menyifatkan pemuda itu lupa daratan kerana sebelum ini dia yang banyak membentuk Iqbal untuk berhadapan di kaca televisyen.

Dalam pada itu, Vida turut menegaskan tiada siapa boleh mempertikaikan bagaimana caranya menjalankan perniagaan dan dia boleh beriniaga di mana sahaja.

“Kamu ingat lagi tak dulu nak masuk tv takut-takut. Kecut batu aku support. Bagi ilmu tunjuk cara. Tak payah nak tunjuk bijak pandai hakikatnya kamu cedok ilmu dan cara aku.

“Aku nak berniaga segenap penjuru ke, sampai planet Marikh ke itu aku punya fasal. Itu passion aku. Tak susahkan kamu. Dasar kacang lupakan kulit,” katanya.

Untuk rekod, sebelum ini Datuk Seri Vida pernah menjadi utama program Gegar Vaganza untuk beberapa musim.