fbpx

Inul Daratista Akhirnya Jadi Buat Konsert Goyang Di Malaysia

Tidak lama dulu, konsert artis dangdut kontroversi ini terpaksa di’batalkan di’saat-saat akhir kerana bantahan pelbagai pihak.

Kali ini Inul Daratista pasti tidak akan berpatah balik ke Indonesia demi konsert yang bakal di’jayakan bersama Dewa 19.

Inul Daratista bersama kumpulan Dewa 19 akan membuat persembahan di KL Live (Life Centre), Jalan Sultan Ismail Ahad ini.

Konsert yang di’anjurkan oleh Bank Mandiri (Indonesia) ini khas untuk rakyat Indonesia yang bekerja di’Malaysia. Nampaknya tiada ruang untuk rakyat Malaysia menikmati gerudi Inul Daratista.

Rakyat Indonesia yang berminat boleh ke Bank Mandiri Remitannce di Jalan Ipoh (Chow Kit) atau menghubungi telefon bimbit di talian, 012-6713246 untuk mendapatkan tiket percuma.