fbpx

Pernah berdepan kegagalan rumah tangga sebelum ini, akhirnya Intan Saleh bertemu bahagia apabila selamat diijabkabulkan dengan jejaka pilihan hati Disember lalu.

Sempena tahun baru, Intan ada memuat naik video pernikahannya serta mengharapkan rumah tangga yang dibina kali ini kekal.

BACA: Selepas 3 Tahun Episod Duka, Intan Saleh Kembali Bergelar Isteri

Sementara itu, menerusi akaun TikTok, Intan ada memuat naik video sedang meniti bahagia bersama suami dan dua anaknya.

Intan dilihat tersenyum bahagia apabila suaminya berbaring di riba Intan kemudian dua anaknya turut datang untuk bermanja.

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada nitizen yang sebak melihat video tersebut serta mendoakan agar Intan kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

Malah, ada segelintir netizen terkenang kembali saat ketika Intan dikecewakan namun kini sudah bertemu pasangan hidup dan bahagia dengan suami.

Intan mendirikan rumah tangga dengan Aizam Yahya pada 21 Disember tahun lalu. Terdahulu, Intan Saleh pernah bernikah dengan seorang pemuzik dikenali sebagai Ude. Namun, bercerai lima tahun berumah tangga. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan 2 orang anak lelaki.