Intan Najuwa Terima Hadiah Al-Quran Daripada Zul Ariffin
Perkongsian pelakon Intan Najuwa hari ini menjadi perhatian ramai apabila menerima hadiah senaskhah Al-Quran sempena ulang tahun kelahiran ke-24.
Menerusi satu entri dikongsikan di Insta Story, Intan ada memuat naik gambar Al-Quran tersebut yang turut tertulis ucapan istimewa daripada individu dengan nama singkatan Z.A.
BACA: Melaram Di Rumah, Netizen Puji Badan Langsing Intan Najuwa
Meskipun tidak berkongsikan secara terperinci indentiti individu berkenaan, namun rata-rata peminat mengandaikan ia merupakan nama singkatan nama Zul Ariffin dan tanda tangan yang tertera mirip milik aktor itu.
Memetik laporan Kosmo!, Zul mengakui bahawa hadiah al-Quran berkenaan memang merupakan pemberian daripadanya, namun iaanya hadiah daripada seorang kawan sahaja.
“Ya, memang saya bagi. Tapi sebagai hadiah daripada seorang kawan, itu sahaja. Kalau boleh, tak perlulah perbesar-besarkan hal ini. Itu cuma senaskhah al-Quran,” katanya.
Terdahulu, nama Zul Ariffin pernah dikaitkan sebagai orang ketiga yang menyebabkan hubungan Intan Najuwa bersama bekas tunangnya, Razrul putus di tengah jalan.
Bagaimanapun, Zul menepis dakwaan tersebut dan menafikan mempunyai hubungan istimewa dengan Intan.
- SUMBER
- Kosmo!
Ada heart tapi kamu friendzone kan pulak… Pak pin no lah…
Teringat adengan Basah Basah, lambong lambong, peluk peluk kat tepi pantai yg bukan dalam drama.
Ala ala Dirty Dancing versi Majalah ManggaMangga 90an
Maruah time tu kat mana?