Intan Najuwa Selamat Bertunang Dengan Usahawan
Tahniah diucapkan buat pelakon Intan Najuwa yang baru saja mengikat tali pertunangan dengan seorang usahawan berasal dari Kedah, Fazrul Anwar Rulis, Ahad lalu.
Jarak perbezaan usia 16 tahun tidak menjadi penghalang untuk pelakon berusia 22 tahun itu menerima lamaran jejaka berusia 38 tahun itu.
BACA: Nafi Terlibat Dadah, Intan Najuwa Perjelas Situasi
Menerusi Instagram, Intan turut berkongsikan beberapa foto pertunangannya memakai busana rona ungu serta mengucapkan rasa syukur majlis berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.
Menerusi satu entri, Intan turut menyifatkan tunanganya itu seorang yang penyayang, sangat memahami dan sentiasa memberikan sokongan kepadanya.
Tahniah diucapkan kepada Intan Najuwa dan pasangan, semoga ikatan pertunangan yang dibina kekal hingga ke jinjang pelamin.
Alahai..berita artis muda tunang ngan laki dh berusia sb ahli business maka on lh..hihi
Alamak… Dah bertunang ke rupanya…. Selamat bertunang..
Perbezaan umur macam ni tak jadi isu pun. Kecuali kepada yang dengki: 1) wanita yang tak laku 2) lelaki yang tak laku.
#2 ni, biasanya yang pakai Myvi, sembang deras tapi hutang kiri-kanan. Tapi perasan nak mampus, rasa diri hebat sebab bawak Myvi. Orang-orang macam Intan Najuwa yang ada pilihan, tak hingin lah mamat Myvi yang cuma ada telor dua bijik MUAHAHA!
akak sokong… 1) lelaki ada Myvi sembang deras tapi utang kanan kiri.. harapkan telor aje… dan yang ke
2) orang emtino yang ada viva jer lagak mak datin tapi semua ansuran atau bayar kutu
kalo jodoh dah tertulis.. biarkanlah..