fbpx

Intan Najuwa Jawab Dakwaan Gelaran Datuk Suami Palsu

Baru sebulan mendirikan rumah tangga ada segelintir pihak mendakwa gelaran datuk suami kepada pelakon Datin Intan Najuwa iaitu Datuk Ahmad Asraf didakwa palsu.

Menerusi temu bual bersama Melodi, Intan berkata dia tidak kisah mengenai perkara tersebut serta menyifatkan gelaran berkenaan tidak memberi apa-apa padanya.

BACA: Intan Najuwa Sindir Netizen Komen Suami Dah Tua

“Saya tak pernah pertikaikan. ‘It just a title’. Suami pun tahu saya memang tidak kisah mengenai perkara itu. Orang nak cakap apa, cakap sahajalah, tapi kita sendiri tahu dan kita diam.

“Kalau kita buat apa pun, mereka (netizen) sentiasa bercakap. Saya tiada nak buktikan apa-apa, tak mahu pertikaikan apa-apa. Siapa yang tahu, tahulah. Kita letak tepi lah. Ia cuma gelaran, tak membawa apa-apa pun.

“Saya juga menjalani kehidupan macam orang biasa dengan suami saya. Jadi kami hanya perlukan doa yang baik-baik daripada semua,” katanya.

Dalam pada itu, Intan berkata mengambil pendekatan berdiam diri mengenai perkara berkenaan kerana tidak mahu memperbesarkan isu tersebut.

“Saya sebenarnya tak mahu membalas ciapan tersebut, tak mahu keruhkan keadaan. Kalau saya balas, perkara itu akan jadi isu besar.

“Saya akan lebih memilih untuk berdiam, kalau benda itu betul, betul, kalau salah, salah. Ada juga komen-komen yang keterlaluan, tapi saya cuma anggap mungkin si penulis itu tengah mengalami mood yang tidak baik pada hari itu. Saya husnuzon sajalah,” katanya.