fbpx

Intan Liana Terkilan Didakwa Gila Glamor, Tagih Simpati

Sebut nama Intan Liana, pasti ramai yang mengenali wanita ini walaupun dia bukanlah seorang selebriti. Tetapi kisah bekas suaminya, pemuzik Ude Wahid yang berkahwin secara rahsia dengan pelakon Izreen Azminda, membuatkan Intan menjadi perhatian ramai.

Rata-rata netizen bersimpati dengan nasib Intan lebih-lebih lagi selepas Intan diceraikan dan kini bergelar ibu tunggal kepada dua anak lelakinya. Rezeki Intan semakin melimpah ruah dan menerima pelbagai tawaran sebagai model muslimah serta menjadi duta produk.

BACA: Netizen Kecam Izreen Azminda Tak Jaga Hati Bekas Madu

Namun, ada sesetengah pihak yang tidak berpuas hati dengan kehidupannya kini dan menuduh Intan seorang yang gila galamor dan gemar mencari publisiti murahan dengan menjaja kisah perkahwinannya. Menurut Intan, dia rasa terkilan dengan tuduhan tersebut kerana dia masih lagi Intan yang dulu dan dia bukanlah sesiapa.

“Saya juga bukanlah seorang artis, sebaliknya masih Intan yang lama. Saya sekadar mencari rezeki dengan berniaga. Jika diikutkan, saya sudah lama berniaga. Dulu, saya dan kakak menjual pakaian. Sekarang, saya menjual jamu dan minyak wangi kanak-kanak.

“Saya memang tidak menyangka ada pihak menganggap saya seperti menagih publisiti murahan dan gila glamor. Hakikatnya, saya tidak menagih semua itu, termasuk perpisahan yang berlaku,” katanya kepada BH Online.

Apa pun, diharap Intan tidak mudah mengalah dan terkesan dengan kata-kata orang. Sudah menjadi kebiasaan bila kita sudah rasa bahagia, pasti akan ada pihak yang cemburu dan tak senang duduk.