fbpx

Intan Liana Belum Boleh Maafkan Ude Wahid

Sebut nama Intan Liana Saleh, ramai yang mengenali wanita ini walaupun dia bukanlah seorang selebriti. Tetapi kemelut rumah tangganya terdahulu bersama bekas suami, Ude Wahid dan Izreen Azminda, membuatkan Intan menjadi perhatian ramai.

Baru-baru ini, Intan meluahkan rasa terharu melihat hubungan baik antara Farah Lee dan bekas suaminya, Ally Iskandar. Namun, apa yang cuba disampaikan itu tidak bermakna dia sudah memaafkan dan bersedia untuk berbaik dengan bekas suaminya.

BACA: Intan Liana Ucap Tahniah Kepada Bekas Madu

Jelas Intan lagi, dia sukakan cara Farah dan Ally yang bersikap profesional demi anak mereka. Katanya lagi, apa yang dilalui oleh Farah dan Ally berbeza dengan kes rumah tangganya yang berakhir disebabkan orang ketiga.

Dalam pada itu, Intan mengakui masih belum dapat memaafkan perbuatan Ude menceraikan dirinya disebabkan wanita lain.

“Kita ni perempuan cepat sangat memaafkan. Kamu setuju tak? Tapi bonda belum lagi. Macam bonda cakap, lain kes. Tapi kalau kes orang ketiga ini payah sedikit,” tulisnya.

Intan dan Ude mendirikan rumah tangga pada Mac 2013, namun bercerai pada Mac 2018. Perkahwinan mereka mula bergolak apabila Intan mendapat tahu Ude berkahwin secara senyap dengan Izreen pada 8 Ogos 2018.