Intan Ladyana, Harris Alif Sepakat Rahsiakan Jantina Anak, Keluarga Pun Tak Tahu
Usia kandungan sulung kini sudah mencecah 7 bulan, pasangan selebriti Intan Ladyana dan suami, Harris Alif membuat keputusan untuk tidak mendedahkan jantina anak mereka.
Menurut Harris, dia bukan mahu berahsia namun mahu memberi kejutan termasuklah keluarga mereka yang tidak mengetahui lagi mengenai perkara itu.
BACA: Positif Covid-19, Intan Ladyana & Suami Dikejarkan Ke Hospital
“Nak kongsikan apa yang tentang hal kehamilan. Saya pun tak tahu nak cakap apa. Buat masa ini, ya, Intan sedang sarat mengandung. Tetapi tentang hal jantina, kami sepakat tak nak beritahu lagi.
“Dengan keluarga pun kami belum kongsikan hal ini. Memang nak buat kejutan untuk semua,” katanya.
Dalam pada itu, Harris berkata dia mengharapkan doa-doa agar kehamilan isterinya dipermudahkan dan proses bersalin berjalan lancar pada Februari depan.
“InsyaAllah, Intan dijangka akan bersalin pada hujung Februari ini. Kami adalah juga beli barang untuk persiapan menyambut kedatangan anak pertama ini sikit-sikit.
“Kami pergi beli sama-sama. Tapi tidaklah terlalu lengkap barang-barangnya. Cuma, kami berdua ini mengharapkan doa-doa yang baik daripada semua pihak, agar urusan kehamilan dan bersalin nanti dipermudahkan, itu lebih penting,” katanya.
Terdahulu, Harris memaklumkan isterinya sudah pun pulang di rumah selepas beberapa hari ditahan di hospital akibat jangkita Covid-19.
- SUMBER
- Utusan Online
Tengok cam bayi girl je…
X lelaki…pompuan..tu aje jantina nya..sape si bengap yg nk tau sesangat jantina anak kau tu..syok sendiri laki bini ni
Masalahnya ramai sngt ke followers dia? Fans club dia?!
Besenya yg sorok2 ni..baby girl..
nape ekk
Penting sangat ke orang nak tau jantina anak dia ??? Orang ramai idup susah sekarang banyak lagi mende lain nak pikir #Adaorangkesah
I wish its a baby boy.