fbpx

Intan Ladyana, Harris Alif Kahwin Mac Ini?

Timbul desas-desus mengatakan bakal menamatkan zaman bujang pada Mac depan, bagaimanapun Intan Ladyana tidak mengiya atau manafikan pengkhabaran mengenai dia dan kekasihnya, pelakon muda, Harris Alif.

Dikatakan masih dalam proses mencari lokasi sesuai untuk majlis hari bahagianya itu, Intan berkata berkata dia akan berkongsikan perkhabaran gembira itu apabila tiba masanya nanti.

BACA: Harris Alif Melamar Intan Ladyana?

“Insya-Allah, bila tiba masanya akan diberitahu juga nanti, tunggulah. Bukan saya taknak mengaku (rancang kahwin), tapi biarlah sampai masanya dahulu.

“Saya ini jenis orang yang tidak suka bercerita, kalau tak ada apa-apa lagi. Cuma, yang boleh saya cakap sekarang, Insya Allah akan diberitahu nanti,” katanya kepada Harian Metro.

Akui sudah bersedia untuk untuk melangkah ke fasa berumah tangga, Intan meminta peminat mendoakan yang baik-baik sahaja dan enggan bercerita mengenai soal peribadi.

“Insya- Allah, saya dah sedia. Pada umur saya kini, kalau masih tak sedia, tak tahu lah. Apapun doakan sahaja.

“Dalam soal peribadi ini, saya memang tak gemar bercerita sangat. Sejak dari dahulu, saya memang memilih untuk lebih berkongsi cerita mengenai kerjaya berbanding peribadi,” katanya.