fbpx

Instagram Neelofa Paling Ramai Pengikut Di Malaysia

Meskipun pelbagai kontroversi terpalit dan kecaman diterima, namun ramai yang masih ingin tahu perkembangan selebriti popular Noor Neelofa.

Malah, hasil tinjauan mendapati Neelofa juga merupakan selebriti paling ramai pengikut di Instagram sebanyak 8.6 juta pengikut.

BACA: Neelofa Titip Ucapan Istimewa Sempena Hari Lahir Suami

Jumlah tersebut sekaligus meletakkan bekas pengacara MeleTOP itu sebagai selebriti paling berpengaruh serta mengenpikan pemegang artis paling ramai pengikut terdahulu iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza yang mempunyai 8.2 juta pengikut.

Melihatkan jumlah pengikut yang ramai itu sekaligus membuktikan segala kecaman netizen yang sebelum ini mahu memboikot usahawan itu susulan kontroversi melanggar prosedur operasi standard (SOP) hanya cakap kosong.

Selain Neelofa dan Siti Nurhaliza, selebriti lain yang mempunyai jumlah pengikut ramai seperti Zizan Razak (7.8 juta), Nora Danish (7.3 juta) dan Mira Filzah (7.2 juta).

Minggu lalu, Neelofa, suami, PU Riz dan 20 angota keluarganya dikenakan kompuan sebanyak RM60,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP).