fbpx

Insidious: The Last Key Bakal Buat Anda Menjerit!

Bagi peminat tegar francais filem Insidious, nampaknya filem terbaru iaitu Insidious: The Last Key bakal merungkai kejadian lama yang menjadi pertanyaan sebelum ini.

Mengekalkan pengarah yang juga penerbit kepada filem Annabelle: Creation sebelum ini, keupayaan James Wan dalam membuatkan jantung anda berdegup kencang dengan babak mengejutkan tidak dapat dinafikan lagi.

Untuk anda yang sudah mengikuti dari awal tentang Insidious, ini merupakan jawapan buat anda dan bagi yang sengaja ingin mencabar diri untuk menonton filem seram ini, kami kongsikan beberapa perkara yang perlu anda tahu.

1. Zaman Silam Memanggil Dr. Elise

Okay, seperti mana yang kita ketahui, Dr. Elise Rainier sememangnya merupakan pakar dalam perkara berkaitan paranormal bermula dari filem pertama Insidious lagi. Namun untuk filem keempat ini, Dr. Elise menerima panggilan dari seorang lelaki yang menyatakan rumah mereka berhantu.

Apa yang lebih mendebarkan, rumah yang diduduki oleh lelaki berkenaan adalah rumah yang pernah didiaminya ketika kecil dahulu.

2. Yang Terlepas Kini Kembali Semula

Apa yang pasti, Dr. Elise terpaksa berhadapan dengan ketakutan paling teruk kali ini dan lebih memburukkan keadaan lagi, dia perlu berhadapan dengan kejahatan yang terlepas daripadanya beberapa tahun sebelum ini.

Ketakutan Dr. Elise kali ini bakal membuatkan anda turut sama terheret jauh ke lembah Five Keys. Jaga-jaga jika tempat duduk sebelah anda kosong di pawagam nanti, risau pula ada jelmaan yang tidak disangka terlepas juga.

3. Apakah Yang Belum Terjawab?

Adakah kejahatan tersebut ingin membalas dendam kepada Dr. Elise yang kita tidak ketahui sebelum ini? Tapi mengapa pula kejahatan tersebut bagaikan mempunyai perkaitan dengan kehidupan Dr. Elise?

Segala persoalan ini bakal terjawab dalam filem terbaru Insidious: The Last Key ini. Tonton trailer di bawah untuk mendapatkan feel seram itu sedikit sebelum anda menontonnya nanti.

Jadi tunggu apa lagi? Paksa rakan-rakan anda yang penakut untuk sama-sama menonton Insidious: The Last Key yang bakal berada di pawagam berhampiran anda 4 Januari 2018 nanti!