Insiden Anak Tumpahkan Pengilat Kuku, Tomok Syukur Dilimpahi Rezeki Luar Biasa
Berdepan insiden anak perempuannya tertumpah pengilat kuku atau qutex pada pakaian berjenama ternyata menjadi asbab penyanyi Tomok diberi rezeki yang tidak terduga.
Memetik Kosmo, Tomok berkata insiden yang berlaku itu membuka peluang pekerjaannya malah turut dipanggil untuk membuat persembahan di negara jiran.
BACA: Tomok Buka ‘Outlet’ Chatime Yang Ke-3, Netizen Ucap Tahniah
“Selepas kejadian, orang panggil saya untuk buat persembahan di Singapura, Kedah dan beberapa lokasi lain lagi. Saya dapat rezeki yang tidak disangka-sangka dan yang penting tawaran tersebut bayarannya lebih daripada kerugian yang saya hadapi.
“Jadi, tawaran kerja akan berjalan sehingga selepas raya. Terima kasih kepada semua yang mendoakan saya,” katanya.
Bercerita mengenai kejadian yang berlaku, Tomok berkata selepas berbuka puasa bersama keluarga, isterinya membeli pengilat kuku berwarna merah jambu buat anak perempuannya, Siti Khadijah.
Menurut Tomok, dia melarang anaknya untuk membuat pengilat kuku berkenaan ketika mereka memasuki sebuah kedai pakaian, namun berlaku perkara tidak dijangka apabila botol tersebut terjatuh dan terkena beberapa helai pakaian.
“Sebenarnya, sebelum masuk ke kedai tersebut untuk membeli seluar buat isteri, saya sudah larang dia (Siti Khadijah) membuka pengilat kuku tersebut.
“Namun, pembantu rumah saya membantu dia membuka selepas diminta dan tiba-tiba tertumpah serta terpercik pula pada bahagian koleksi unik. Kesemua harga pakaian yang rosak tersebut mencecah RM 7,000 hingga RM 8,000 tetapi saya dapat diskaun,” katanya.
Dalam pada itu, Tomok berkata apa yang berlaku itu dijadikan pengajaran buatnya untuk lebih berhati-hati lebih-lebih lagi ketika berada di tempat awam.
“Dalam hati saya agak takut juga kerana amaun yang perlu dibayar tinggi tetapi saya perlu kekal tenang dan mengawal emosi kerana tidak mahu tunjuk contoh buruk di depan anak-anak.
“Khadijah memang ada meminta maaf selepas kejadian dan saya anggap sebagai pengajaran untuk lebih berhati-hati di tempat awam. Bagi yang ada anak kecil, saya faham sangat kadang-kadang kalau berjaga pun anak memang lebih aktif,” katanya.
- SUMBER
- kosmo
Next time ajo anak tu behave! Jgn nk mngeletizzz sngt!
Budak2 sekarang buat apa nak beli pengilat kuku…mak2 tolongla…kecik2 dah didedahkan dgn bahan kimia…maid tu pun satu…kat sini saya tetap salahkan maknya…teach ur kids to be patient or behave…unless u memang kaya raya memang no hal la nak bayar beribu2
Aduhai u all xde sape nk benda mcmni jadi…iktibar je lh utk semua org…setiap yg berlaku pasti ada hikmah…org xde ank mmg mcm² la bole ckp…kena btg hidung sndiri baru sedar diri…pada tomok…awak mmg seorg yg cool dn baik…bole handle benda mcm ni dgn sabar…
Lily kenape perlu TETAP NAK SALAHKAN MAKNYA untk teach kids..itu tanggungjawab parents bersama..kesian dekat u, mungkin u sentiase dipersalahkan dalam kluarge.
alhamdulillah awak tu popular n kenal org berduit bayangkan kalu org biasa. kedalam jawabnya.
Saya cakap salahkan maknya sebab kecik2 kasi green light untuk expose young kids to chemicals..be it childsafe or not, it is still chemical when it comes to nail polish…mak2 boleh buat pilihan…adakah itu bagus utk anak or not…belajar chemistry…baru tahu maksud saya..memang tanggungjawab bersama but dah mak dia yg belikan kan…but yeah
.nasib baik dia popular..so no hal nak bayar gantirugi….
TAK MEMADAN DENGAN DAHI JENDOL MUKA BURUK ADA HATI NAK KILATKAN KUKU.
DARIPADA KO BUANG DUIT BELI KILAT KUKU LEBIH BAIK BAPAK KO BAYAR KASI TUMBUHKAN RAMBUT BELAH DEPAN KO YANG BERKILAT TU.