Sejak kebelakangan ini penampilan Alya Iman menjadi bualan ramai apabila dikatakan semakin seksi, malah ketika hadir di dalam satu majlis semalam pelakon itu tampil dengan gaun tanpa lengan.
“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”
Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...
Memetik Kosmo, Alya berkata dia tahu penampilannya seperti itu pasti akan dikecam namun baginya itu adalah dirinya yang sebenarnya.
BACA: Alya Iman Sedih Nama Arwah Bapa Dipetik Netizen
“Saya terima dan tahu impak berpakaian begini akan dikecam. Saya fikir ini ialah diri saya yang sebenar. Saya sukakannya dan berharap orang dapat menerima perubahan ini dengan hati terbuka,” katanya.
Dalam pada itu, Alya mengakui dia tetap membaca komen-komen di media sosial dan sudah lali dengan kecaman dilemparkan terhadapnya.
“Ramai orang cakap jangan baca komen tetapi saya tetap buat. Kadang-kadang ada yang bagi kesan tetapi lama-kelamaan rasa lali.
“Paling utama saya dikelilingi ramai individu positif yang selalu memberikan semangat,” ujarnya.
Difahamkan, semalam Alya hadir sidang media Anugerah Telenovela bersama abangnya.
Sebelum ini, gadis berusia 22 tahun itu mengakui bertudung arwah bapanya menyuruh untuk menutup aurat sejak dari kecil namun dia tidak mahu mahu terus hipokrit.