Pelawak Shuk Sahar dilihat memuat naik paparan bukti dia memberikan nafkah buat anak susulan dakwaan bekas isterinya, Fara Salleh berkenaan perbelanjaan anak mereka, Nada.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Shuk berkongsikan transaksi berjumlah RM1,000 yang dibuat pada bulan Ogos sehingga 2 November lalu.
BACA: Bekas Isteri Minta Shuk Sahar Bayar Yuran Taska Anak

Sementara itu, Shuk meluahkan rasa syukur masih mampu lagi memberi rezeki kepada anak serta memaklumkan dia ada lagi dua orang cahaya mata.
“Alhamdulillah masih mampu bagi rezeki pada anak. Ini yang termampu. Ada dua lagi anak tau,” tulisnya.
Terdahulu, Fara Salleh meminta bekas suaminya itu untuk membayar pendaftaran tahunan taska anak mereka berjumlah RM1,540.
Tambah Fara lagi, selama ini baju dan makan minum anak mereka dia yang keluarkan duit, malah mendakwa jika anak sakit bekas suaminya tidak pernah memberikan satu sen.