fbpx

Ini Sebab Anda Patut Terjah Fiesta Raja Futsal Hujung Minggu Ini

Akhirnya, kita akan dapat tahu pasukan mana yang akan membawa pulang hadiah utama RM100,000 dan digelar Raja Futsal Malaysia di Kompleks Sukan Negara Shah Alam Panasonic, 9 pagi pada 10 November ini!

Apa kata anda terjah Fiesta Futsal Terbesar Malaysia ini kerana banyak aktiviti menarik dan yang paling best ada juga hadiah hebat menanti anda.

Anda mesti nak tahu apa yang menarik di fiesta nanti kan? Di sini kami kongsikan aktiviti-aktiviti yang pasti rugi jika terlepas.

1. Aneka hidangan dari Food Truck Dibawa Oleh Propagandafest

Sambil-sambil anda menonton futsal yang melibatkan setiap negeri yang mempunyai kehebatan tersendiri itu pastinya perut anda juga perlu di isi bukan?

Jangan risau sempena Fiesta Raja Futsal anjuran Digi ini terdapat pelbagai jenis makanan yang di jual di atas trak atau lebih dikenali sebagai foodtruck.

Masa inilah untuk anda cari apa jua makanan yang anda inginkan sebagai kudapan semasa menonton perlawanan nanti.

2. Bazar Jenama Tempatan

Di Fiesta Raja Futsal yang akan mengamit ribuan penonton itu juga terdapat bazar barangan berjenama yang akan membuatkan anda pening untuk memilih.

Yalah bila terlalu banyak barangan yang diminati dijual di fiesta yang sebesar itu pasti pening untuk membuat pilihan ingin membeli yang mana satu.

Lebih-lebih lagi barangan dari LOKA.malaysia, MyDigi Rewards dan banyak lagi. Rugi sekiranya anda terlepas gaya-gaya menarik dari mereka yang berpengalaman.

3. Cabutan Bertuah Bernilai Sehingga RM30,000

Ini paling dinanti-nantikan dalam fiesta yang sebesar ini. Jika anda antara 2,000 terawal yang membuat tempahan melalui RSVP anda layak memenangi cabutan bertuah.

Kali ini hadiah cabutan bertuah betul-betul buat anda tidak senang duduk. Anda boleh bawa pulang Garmin Fenix 5, DJI Spark Drone, Sony PS4, atau Smartphone VIVO X21!

4. Beramah Mesra Bersama Intan Serah Dan Steffi

Bukan itu sahaja. Anda juga boleh bertemu dengan bintang futsal Intanserah dan Steffi Sarge Kaur dari skuad futsal wanita kebangsaan secara eksklusif di booth Digi!

Jangan terlepas untuk berselfie dan mendapatkan autograf dari mereka.

5. Cabaran FIFA 19 PS4

Ini pasti menjadi kegemaran peminat setia e-sports. Serlahkan bakat anda di FIFA19 PS4 bersama pengunjung-pengunjung Fiesta Raja Futsal!

6. Pelbagai Jenis Hiburan Untuk Seisi Keluarga

Di Fiesta Raja Futsal ini juga ada mini konsert yang akan dilengkapi dengan persembahan selebriti kesayangan ramai.

Antaranya yang akan turut sama memeriahkan fiesta ini adalah Aizat Amdan, Caprice, Rahim Sepahtu dan ramai lagilah.

Menarik lagi, festival seperti ini amat sesuai untuk anda seisi keluarga kerana ianya turut mengadakan aktiviti kanak-kanak yang membolehkan anak anda bermain bouncy castle dan giant bubble.

7. Klinik Bola Sepak bersama Safee Sali

Bukan ini sahaja aktiviti yang akan memeriahkan Fiesta Raja Futsal nanti.

Banyak lagi acara menarik yang anda wajib terjah, antaranya klinik bola sepak dari pemain ternama seperti Safee Sali, Normala Yusoff, dan Siti Suhaila – anda boleh berlatih seperti pemain profesional!

Selain itu, jangan terlepas menyaksikan pertandingan friendly-match bersama superlawak FC.

Jadi apa tunggu lagi, RSVP sekarang Fiesta Raja Futsal untuk rasai sendiri kemeriahan Fiesta Futsal Terbesar Malaysia sambil bawa pulang hadiah-hadiah menarik!

Cepat, RSVP untuk jadi 2,000 terawal!