Bagi yang free hair pastinya sentiasa ingin tampil kelainan dengan gaya rambut yang berbeza setiap hari bukan?
“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”
Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...
Tapi kekangan masa akan membuatkan anda menghabiskan berjam-jam untuk set rambut anda jadi bak diva dan kekal rapi.
Jika anda perasan, pengayaan rambut wanita Jepun sentiasa menggekalkan gaya rambut yang rapi dan cantik meskipun dalam keadaan yang sangat sibuk.
Tapi tahukah anda, ini sebenarnya rahsia penjagaan rambut mereka kekal rapi berpanjangan. Bagi yang sentiasa sibuk seperti pramugari yang sentiasa terdedah dengan orang ramai anda wajib jadikan rahsia ini sebagai penyelamat.
Dengan Matomage Hair Styling Series anda boleh gayakan rambut anda sambil pejam mata sahaja.
Tidak perlu susah-susah habis duit beratus ringgit untuk buat penggayaan rambut di saloon.
Jika anda mahukan gaya rambut anda sentiasa kemas dan rapi seharian anda harus semburkan rambut anda dengan hair styling water terlebih dahulu dan terus bentukkan gaya rambut yang anda inginkan.
Hair styling water merupakan cecair yang melembutkan rambut anda untuk mudah dibentuk dan akan membuatkan rambut anda kelihatan bermaya serta sihat sepanjang hari.
Kali ini para pramugari mahupun anda yang free hair bolehlah bentuk rambut anda dengan suka hati tanpa fikir rambut anda akan kusut jika terlalu lama menggayakan rambut.
Semudah ABC sahaja rambut anda akan rapi secara berpanjangan.
Yang paling penting, rambut anda akan kelihatan bermaya walaupun anda sibuk dengan kerja dan terdedah dengan cahaya matahari yang akan memberikan kesan rambut kering kepada anda.
Selepas membuat penggayaan rambut pastinya anak-anak rambut anda akan terkeluar bukan? Jangan risau dan panik, sapu sahaja Hair Styling Stick pada anak-anak rambut anda.
Sangat mudah dan sesuai untuk anda yang sering travel dan anda yang sering berdepan dengan orang ramai sekaligus dapat menjimatkan masa. Kenapa kami kata begitu?
Hair styling stick yang berbentuk bulat ini sangat mudah untuk dipengang tanpa memerlukan jari anda.
Bagi yang nak cepat dan terkejar-kejar waktu itu, hair styling stick ini sangat sesuai untuk anda. Hanya perlu masukkan dalam beg dan jika rasa tidak selesa rapikan sahaja rambut anda dengan si comel ini.
Hanya sapu sahaja, sudah boleh buat rambut anda rapi sepanjang masa. Jika anda mahu rambut anda kekal rapi berpanjangan anda boleh gunakan hair styling stick (strong hold) ini.
Jika rambut anda kerinting pun boleh untuk rapikan hanya dengan hair styling stick (strong hold) ini.
Sekiranya mahukan rambut anda rapi bak semula jadi hair styling stick (regular) dapat membantu anda tampil kemas semulajadi.
Hair styling stick (regular) yang mengandungi minyak Camellia ini sangat sesuai untuk menyuburkan rambut kering dan tidak terurus.
Lepas ini para pramugari dan si free hair tiada masalah rambut kusut dan susah dibentuk lagilah.
Anda pun boleh gayakan rambut dalam masa yang singkat. Jadi apa tunggu lagi, terjah Watsons, SaSa, Isetan, AEON, Ben’s Independent Grocers, Tokyoninki atau di farmasi berdekatan anda sekarang untuk dapatkan barangan keluaran Utena ini.