fbpx

Ini Punca Ella Berani Dedah Kisah Cinta Terbaru

Sepanjang kehadirannya di dalam indsutri seni tanah air, nama Ratu Rock Malaysia ini sentiasa mendapat tempat di hati peminat mahu pun pendengar setia lagunya.

Namun baru-baru ini terdapat berita yang mengatakan bahawa Ella telah pun berjumpa dengan cinta baru. Ternyata perkara ini menimbulkan persoalan di kalangan peminat.

Ella Dedah Perkara Sebenar


Tidak mahu berselindung, Ella atau nama sebenarnya Nor Zila Aminuddin menjelaskan perkara tersebut di dalam sebuah sidang media baru-baru ini.

“Banyak perkara sebenarnya yang buat saya sendiri jatuh hati dengan Sabella. Namanya pun sudah dekat dengan nama Ella”

“Rekaan yang dikeluarkan juga sangat cantik dan kemas, selain dipasarkan pada harga yang sangat berpatutan mampu dibeli semua golongan termasuk pelajar universiti”

“Pendek kata sesuai untuk semua peringkat usia,” jelasnya yang kini merupakaN duta untuk jenama mulimah tersebut.

Kisah Cinta Ella Bersama Sabella

Sabella – satu jenama yang cukup gah dalam industi fesyen busana Muslimah. Senang cerita, Sabella sebelum ini berkali-kali viral gara-gara baju mereka yang tak perlu digosok.

Sebut saja #bajutapagosok, confirm akan teringat jenama Sabella. Lebih menarik, jenama yang hampir dengan nama Ella ini memang dekat dengan masyarakat.

“Saya sendiri menyokong apa yang diusulkan Sabella yang bertujuan membantu masyarakat menceburi perniagaan sekali gus memberi pelbagai pilihan dalam pakaian muslimah dengan harga berpatutan dan mampu milik”

“Ia seperti dakwah kecil saya dan jenama ini dalam menggalakkan wanita berpakaian menutup aurat. Jika selama ini mereka tular dengan – ingat baju tanpa gosok, ingat Sabella — lepas ini ingat Sabella jangan lupa mimpi Ella sekali okay,” katanya bergurau.

Susu Pekat Manis & Punca Bengkak Jari

Kini Sabella mempunyai kilang berkeluasan 30,000 – satu perkara yang sangat positif untuk perkembangan fesyen muslimah di tanah air.

Namun permulaan Sabella bukanlah mudah malah jenama yang diusahakan oleh pasangan suami isteri, Mohd Sufian Sulaiman dan Siti Fatimah Abd Samat ini turut mempunyai kisah tersendiri yang pasti menyentuh perasaan mereka yang bergelar ibu bapa.

Terhimpit dengan kesempitan hidup, pasangan ini pernah menjadikan susu pekat manis sebagai susu ganti untuk anak mereka. Malah bagi Puan Siti, dia turut bersengkang mata dan bengkak jari demi menyiapkan 100 pasang baju seorang diri.

Namun keperitan hidup pasangan ini membuahkan hasil apabila kini sudah mempunyai 13,000 orang dropship seluruh negara dan juga kilang sendiri berkeleluasan 30,000 kaki persegi.

Bagi suaminya yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Sabella, mereka melihat Ella masih bertahan walaupun sudah tiga dekad mewarnai industri seni tanah air.

“Jenama Sabella mahu menjadi pilihan yang relevan sampai bila-bila seperti Ella. Kelompok peminat Ella sendiri bukan hanya daripada golongan dewasa, malah generasi muda turut mengaguminya”

“Kami mensasarkan dengan memilih Ella sebagai duta dapat terus membakar semangat serta membantu rakyat Malaysia khususnya wanita untuk memakai pakaian Muslimah yang berkualiti dan berpatutan serta mampu melahirkan jutawan melalui platform dropship Sabella”

Terbukti melahirkan suri rumah bergelar jutawan hanya melalui dropship mereka, kini Sabella sangat mengalu-alukan mereka yang berminat menjadi sebahagian daripada Sabella Family – semuanya secara percuma!

https://www.facebook.com/sabella.hq/videos/525390231709999/

Untuk mengetahui lebih lanjut, anda boleh hubungi Facebook dan juga Instagram mereka.