Berdiri di atas bakat lakonan yang konsisten, memang tak mustahil apabila nama-nama berbakat besar seperti Ayda Jebat dan Farid Kamil diserbu oleh peminat baru-baru ini. Malah usaha yang ditunjukkan oleh pelakon ini membuatkan nama mereka sentiasa berada di hadapan.

Ceritanya, Ayda Jebat, Farid Kami dan pelakon-pelakon lain telah turun padang bagi sesi jelajah filem Pinjamkan Hatiku yang diadakan di negeri utara tanah air. Malah pengarah filem tersebut, Osman Ali pun turut ada. Sekali bila dah sampai, itu dia – ramai yang serbu sampai tak nampak kelibat artis.

Selain dapat jumpa dan beramah mesra bersama barisan pelakon yang hebat, rupa-rupanya ada peminat yang bertuah siap dapat poster filem Pinjamkan Hatiku siap dengan tandatangan selebriti pujaan mereka!

Apa yang pasti, kehadiran para pelakon Pinjamkan Hatiku bertemu peminat pastinya merapatkan lagi hubungan di antara selebriti di samping turut memberi peluang kepada peminat mengenali artis kesayangan mereka.

Utara dah sudah, sekarang pelakon filem ini akan turun ke bahagian Pantai Timur. Simpan tarikh di bawah ini untuk berjumpa dengan selebriti pujaan anda:

18 November 2017 (Sabtu)

Lotus Five Star (Kuala Terengganu): 12 Tengahari
TGV Mesra Mall (Kerteh, Terengganu): 4 Petang

19 November 2017 (Ahad)
GSC Berjaya Megamall (Kuantan, Pahang): 12 Tengahari
GSC East Coast Mall (Kuantan, Pahang): 4 Petang

Kami kongsikan bersama anda beberapa lagi gambar sepanjang sesi Road Tour Utara Pinjamkan Hatiku yang berlangsung baru-baru ini. Tapi ingat tau, jangan lupa saksikan Filem Pinjamkan Hatiku yang bakal berada di pawagam berdekatan anda pada 30 November ini.