fbpx

Ini Port Terbaik Untuk Anda Lepak Sempena Hari Kemerdekaan

Sedar tak sedar, lagi beberapa hari sahaja kita bakal menyambut Hari Kemerdekaan. Cakap sahaja mengenai Hari Kemerdekaan ini, pasti ramai yang ternanti-nantikan apakah aktiviti atau program menarik yang bakal memeriahkan bulan kemerdekaan ini bukan?

Okey, tak payah fikir lagi di mana nak terjah untuk join aktiviti-aktiviti menarik, sebab kali ini kami ingin kongsikan dengan anda hanya di satu port sahaja tapi ada pelbagai aktiviti menarik yang akan buat anda tak sabar nak sertai.

Bersempena dengan Minggu Usahawan Negara 2019 (MUN2019) yang akan berlangsung di Agro Exposition Park Serdang (MAEPS), Selangor, pada 29 Ogos sehingga 1 September ini, ia bakal menyajikan pelbagai program keusahawanan yang dapat menyokong pembangunan usahawan di negara ini.

Dan sudah tentunya anda sendiri boleh menghayati setiap produk dan barangan usahawan yang akan dipamer serta terjual pada MUN2019 itu nanti.

Tidak sahaja terhad dengan program usahawan semata-mata, di MUN2019 ini juga akan diadakan banyak ativiti yang boleh dilakukan bersama ahli keluarga tau. Nak tahu apa program tersebut? Nah kami senarikan untuk kemudahan anda nanti.

Banyaknya Booth Sampai Boleh Buat Rambang Mata!

Lebih 3,000 usahawan tempatan akan menyertai ruang perniagaan sepanjang program MUN2019 berlangsung. Ada banyak jualan khususnya dari Satu Daerah Satu Industri yang menghimpunkan ratusan usahawan, dengan ribuan produk usahawan tempatan dari seluruh negara.

Yang paling best, ada juga selebriti tempatan seperti Amy Search, Shuib dan Dato’ Rosyam Nor dan pun akan turut sama menyertai ruang perniagaan di Bazar Selebriti & Primavalet Boombastic Sale.

Selebriti Dato’ Siti Nurhaliza, Faizal Ismail dan Fara Fauzana pula dilantik sebagai Ikon MUN2019 dan sudah tentunya Ikon MUN2019 ini akan temui anda semasa program berlangsung. Jangan lupa sediakan kamera di tangan untuk anda selfie bersama!

Konsert Pun Ada Untuk Hiburkan Anda Lepas Penat Jelajah Maeps

Konsert Ambang Merdeka turut akan diadakan di tapak MUN2019 bermula pada jam 8 malam. Di konsert ini anda boleh lihat persembahan daripada selebriti terkenal seperti Tajul, Kugiran Masdo, Floor 88, Baby Shima, Wany Hasrita, Elizabeth Tan dan Ramlah Ram.

Bukan itu sehari sahaja konsert yang akan diadakan. Pada 31 Ogos pula anda akan dihiburkan oleh Hael Husaini, Ernie Zakri, Luqman Faiz dan Fieya Julia.

Tidak ketinggalan persembahan nasyid daripada kumpulan Fattabiouni dan Ceramah Maal Hijrah bersama Dai Fuad dan PU Amin juga turut diadakan sempena sambutan Maal Hijrah.

Game Paling Best Untuk Anak Anda

Untuk melekakan anak anda di MUN2019 itu nanti sambil-sambil anda tinjau barangan usahawan tu, anda boleh biarkan anak anda bermain di Kids Zone di MUN2019.

Pelbagai permainan menarik akan diadakan antaranya Beyblade, PS4, Giant snake & Ladder, Electric Car Unit dan Giant Jegga.

Bukan itu sahaja, anak anda juga akan dihiburkan dengan kehadiran watak Ejen Ali, Pikachu, Baby Shark, Bumble Bee, Ironman, Spiderman dan Troopers. Menarik bukan? Pasti anak anda tak akan bergerak ke mana-mana lah bila dikelilingi kartun-kartun kegemaran ramai ni.

Dah Puas Berjalan, Jangan Lupa Singgah Gerai Makanan Untuk Isi Perut Tu

Beberapa gerai makanan tempatan yang menyediakan makanan terkenal dari seluruh negeri di Malaysia pun ada untuk isikan perut anda yang berbunyi tu.

Pertandingan memasak daging arnab juga akan diadakan. Selain daripada itu, Chef Selebriti negara, Dato’ Fazley Yaakob turut akan mengadakan demonstrasi masakan menggunakan produk halal buatan tempatan.

Time ni boleh lah para ibu sediakan pen dan kertas untu ambil tips memasak dari chef terkenal ni nanti.

Jom Cergaskan Diri Anda Dengan Rakyat Run

Bagi sesi cergaskan diri dan minda anda. Bank Rakyat akan menganjurkan Rakyat Run 2.0 yang akan diadakan pada 1 September 2019. Terdapat 2 kategori pertandingan Rakyat Run 2.0 antaranya larian sejauh 3.5 kilometer dan 7 kilometer.

Setiap kategori ini mempunyai hadiahnya yang tersendiri. Bagi larian 3.5 kilometer hadiah pertama berupa wang tunai RM300, RM200 (tempat kedua) dan tempat ketiga akan bawa pulang wang tunai RM100.

Berbeza pula dengan hadiah bagi kategori larian 7 kilometer dimana juara akan bawa pulang RM1,000 sebagai ganjaran hadiah. Pemenang di tempat kedua dan ketiga pula masing-masing akan membawa pulang sebanyak RM700 dan RM500.

Amacam takan tak meriah lagi ke malam kemerdekaan anda bila ada banyak aktiviti sebegini? Jangan rambang mata untuk memilih program sudahlah. Jangan lupa terjah MUN2019 untuk anda sendiri join aktiviti yang havoc macam yang kami senaraikan tu. Layari www.med.gov.my/mun2019 untuk maklumat penuh tentang program usahawan yang terbesar ini!

Usahawan Wira Ekonomi!