fbpx

Ini Perasaan ‘Survivor’ COVID-19 Yang Anda Tak Tahu

“Adakah saya akan mati?”

Siapa saja yang tak cuak kalau tiba-tiba doktor mengesahkan dijangkiti COVID-19! Sudah tentu akan risau dan takut. Macam tu lah perasaan beberapa individu yang pernah dijangkiti wabak pandemik ini.

Tak terkecuali dua rakan artis kita iaitu Ashraf Muslim dan Puteri Aishah yang turut dijangkiti dan berkongsikan pengalaman mereka semasa dijangkiti virus ini pada April lalu. Alhamdulilah sekarang dah sembuh sepenuhnya.

Walaupun dah sembuh, tapi pengalaman yang mereka lalui takkan dapat dilupakan. Puteri Aishah pernah berkongsi pengalaman dia semasa dirawat di Hospital Sungai Buloh. Doktor dan nurse yang melayan sangat baik.

Macam tu juga dengan Ashraf Muslim yang dirawat di hospital sama. Layanan yang doktor dan nurse berikan sangat baik dan dia bersyukur wabak itu hilang selepas dirawat di sana. Malah dia rasa sayu nak tinggalkan rakan-rakan yang ada di sana yang dianggap macam keluarga dah.

Komitmen Doktor & Nurse A++

Kalau kita nak tengok komitmen yang frontliner bagi pada kita sejak COVID-19 ni terjadi, memang tak terungkap dengan kata-kata. Semangat mereka dan tanggungjawab yang mereka bagi pada pesakit COVID-19 tak pernahnya kurang walau sikit pun.

Bayangkan, kita pakai topeng muka pun rimas, ni kan pula mereka yang terpaksa memakai peralatan perlindungan diri (PPE) untuk tempoh lama. Mau berbekas gais. Anda tengok sendiri berapa lapis yang mereka perlu pakai.

Satu lagi, mereka pun mempertaruhkan nyawa dengan tugas berbahaya itu. Dalam pada mereka dok uruskan pesakit COVID-19 tu tak mustahil kalau mereka tak mudah dijangkiti. Sebab tu mereka kena sentiasa dalam mod berwaspada dan hati-hati.

Macam Puteri Aishah pernah cakap, dia rasa insaf bila tengok mereka ni depan mata. Jadi, kita patut patuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang dikuat kuasa kerajaan hingga Disember ni okay.

Kasihanilah petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus membendung pandemik ini. Kita jangan pula dok tambah bilangan pesakit tu.


Sebenarnya ramai pesakit yang dijangkiti dengan COVID-19. Ada yang menjadi korban dan ada yang sembuh sepenuhnya. Bagi mereka yang pernah dijangkiti dan sembuh, tak mudah juga nak kembali pada kehidupan normal. Ada jer yang pandang serong pada mereka. Ye lah, takut dijangkiti sedangkan mereka dah pulih sepenuhnya.

Jadi, kalau anda ada teman-teman rapat dengan bekas pesakit COVID-19 ni jangan pandang serong pada mereka, tapi bagi semangat untuk mereka ni teruskan hidup macam biasa okay.

Follow 6 Langkah Ini Kalau Tak Nak Dijangkiti COVID-19

Okay gais, kalau anda nak jadi rakyat yang prihatin dan bertanggungjawab, anda kena ikut 6 langkah ni untuk membasmi penularan wabak COVID-19 ini.

Beri masa pada geng frontliner untuk rehat dan tak busy untuk jaga ‘pendatang baru’ pesakit COVID-19.

1. Lakukan Saringan

Jika anda ada gejala tidak sihat seperti simptom-simptom seperti demam, batuk, sesak nafas, sesak nafas, kesukaran bernafas, sakit otot, menggigil dan keletihan, anda perlu pergi membuat saringan kesihatan.

Bantu diri anda dan juga kerajaan untuk datang dengan sukarela dan bukannya mengharapkan kerajaan yang dapat ‘detect’ anda untuk datang buat saringan.

2. Kuarantin Diri

Kalau anda baru balik dari luar negara, anda perlu ke pusat kesihatan dan melakukan kuarantin diri selama 14 hari berturut-turut. Jangan degil dan pentingkan diri.

Jadikan kes kluster Sivagangga yang berlaku di Kedah sebagai satu pengajaran. Jangan ‘biakkan’ virus COVID-19 ini okay!

Pergi ke klinik atau hospital terdekat kalau anda mendapat gejala simptom COVID-19.

3. Memakai Topeng Muka

Sekiranya anda tidak sihat seperti batuk atau selsema, pakailah topeng muka dan segeralah mendapatkan rawatan di klinik atau hospital.

Jangan menggunakan topeng muka yang sama berulang-ulang kali. Anda perlu kerap tukar topeng muka dari masa ke semasa. Jangan ‘kedekut’ duit untuk belikan mask yang baru. Biar habis duit untuk mencegah daripada anda kena tanggung kos yang lebih tinggi jika dijangkiti wabak ini.

4. ‘Stay at Home’


Kalau anda kekal berada di rumah, ianya dapat mengelakkan anda dari dijangkiti virus COVID-19.

Inilah masa terbaik untuk meluangkan masa yang berkualiti bersama keluarga. Mungkin sebeleum ni kita sibuk dengan kerja sampaikan tak sempat nak luangkan masa dengan keluarga, jadi inilah peluang itu.

Walaupun dalam tempoh PKPP, kita dilonggarkan untuk bergerak, namun anda kena sentiasa patuhi SOP yer.

5. Tingkatkan Kebersihan Diri

Jangan malas mandi! Anda perlu kerap mandi dan cuci tangan dengan cara yang betul. Ataupun anda boleh jer gunakan hand sanitizer untuk cegah daripada virus COVID-19 ini.

6. Jaga Jarak 1 Meter

Ini sangat penting. Sentiasa jaga jarak 1 meter antara satu sama lain kalau anda berada di luar. Penjagaan dan langkah-langkah ini dapat mengelakkan anda daripada senang dijangkiti COVID-19.

Nak tahu dengan lebih lanjut tentang info COVID-19, klik link ini.