fbpx

Pengalaman mendewasakan kita, sama juga macam cerita Si Amad ni. Kalau sebelum ni dilayan macam budak-budak; keluar lepak malam tak boleh, main gajet ada time limit, kadang tu asyik disuruh belajar saja 24 jam.

Tapi lepas je Amad share pasal satu benda ni, mak ayah Si Amad terus onz weh. Siap nangis tu!

Benda apa yang Si Amad ni bagitahu mak ayah dia? Kalau nak tahu, tengok video ni sendiri macam mana Si Amad dapat penghormatan baru road to #adultlife katanya.


Pergh! Cerita si Amad ni macam lebih kurang sama dengan cerita kami sebelum melangkah ke alam dewasa lah. Cuma cerita si Amad gempak sikit la sebab dia dari usia muda dah buat pelaburan. Ini boleh jadi salah satu role model untuk anak-anak muda di luar sana, termasuklah kami sendiri.

Pelaburan RM100 Bermula Sekarang Sampai Ke Hari Tua!

Anda mesti tertanya-tanya pasal pelaburan unit amanah yang Amad guna ni kan? Meh! kami kongsikan supaya anda faham kelebihan melabur di usia muda.

Siapa sangka dengan hanya bermodalkan serendah RM100 setiap bulan, potensi untuk perjalanan hidup anda lebih mudah adalah tinggi, #retirementgoals.

Eastspring Investments Berhad adalah sebahagian daripada Prudential Corporation Asia, perniagaan Asia Prudential plc dari United Kingdom.

Eastspring adalah salah satu syarikat pengurusan aset terbesar di Malaysia untuk pelaburan institusi dan juga peruncitan. Pada 30 Jun 2020, Eastspring Investments menguruskan 32 dana bernilai RM9.1 bilion dan sekitar RM46 bilion aset di bawah pengurusan (“AUM”).


Kini mereka memperkenalkan satu pelan pelaburan yang mampu milik dan mudah iaitu Regular Investment Choice atau singkatannya RICh, di mana anak muda boleh memulakan pelaburan dari serendah RM100 sebulan.

Ha! Macam tak percaya kan? Pelan ini menggalakkan anda mula mengamalkan tabiat pengurusan kewangan yang sihat dan berpotensi untuk anda bebas dari kesempitan kewangan sepanjang fasa kehidupan anda dan mungkin juga di masa hadapan. #LicencetoAdult

RICh ‘Pelampung’ Perjalanan Anda

Menerusi RICh, anda perlu yakin kerana anda dapat menikmati pelaburan yang sistematik dengan strategi Dollar Cost Averaging (DCA). Yer betul! Dolar Cost Averaging!

Jangan pening sebab kalau anda betul-betul berminat, tak perlu risau kalau tak faham sebab Pakar Perunding Unit Amanah di Eastspring Investments bersedia untuk menolong anda memahami like a pro!

Sama seperti Amad, kami yakin anda juga mesti fikir, “Ala kalau melabur nanti cash dalam tangan sikit”. Tapi sedar tak perbelanjaan harian atau bulanan terasa sempit selalu?


So, dengan melabur dalam RICh, sedikit sebanyak anda dapat membantu diri anda untuk lebih berdisiplin dalam menyimpan dan juga melabur dalam masa yang sama! Adalah duit lebih bila masa yang diperlukan nanti!

Untuk permulaan, cuba kita check semula perjalanan perbelanjaan duit kita sepanjang bulan dan mula bahagikan mengikut kategori keperluan, kehendak, dan simpanan ataupun untuk pelaburan.

Kami yakin setiap anak muda mesti ada impian nak beli rumah, nak ada simpanan yang cukup untuk persaraan sebab nak melancong atau nak menunaikan haji dan umrah.

Jadi, dengan melabur sebanyak RM100 sebulan mulai hari, potensi untuk impian itu untuk jadi kenyataan adalah cerah.

Masa Di Pihak Anda!

Ada juga anak muda yang masih keliru dan teragak-agak untuk melabur. Persoalan yang selalu keluar adalah; “Bila waktu yang tepat untuk melabur?” Jawapan dia senang sahaja jikalau melabur dengan RICh, bila-bila masa adalah waktu yang terbaik untuk melabur kerana dengan teknik dollar cost averaging (DCA).

Anda masih boleh mencatat untung walaupun ada ketika harga menurun. RICh memuratakan risiko pelaburan dengan pembelian harga unit berlainan setiap bulan. Menarik tak?

Kami nak share satu tips seawal bila anda kena melabur? Jawapan dia secepat mungkin!


Bila anda melabur awal pada kadar RM100 di usia 20 tahun, cuba bayangkan berapa pulangan akan anda dapat pada 5 tahun akan datang? Tapi tertakluk pada keadaan semasa, sebab setiap pelaburan pasti ada naik turunnya. Jadi ketahui dengan lebih lanjut jawapannya, di laman ini.

Paling penting, anda setkan satu matlamat kewangan jangka masa panjang, naik turun pasaran tu tak perlu bimbang sebab macam kami terangkan tadi, harga rendah juga anda masih ada potensi untuk catatkan keuntungan.

Jadi anda boleh tarik nafas lega dan biarkan pelaburan anda tu ‘matang’ di pasaran. Pepatah Melayu ada menyebutkan ‘sikit-sikit, lama-lama jadi bukit’ tak gitu?

Eastspring Investments Kunci Perubahan Hidup Anda

Jangan lupa untuk buka akaun dengan Eastspring Investments melalui Pakar Perunding Unit Amanah yang turut mendaftar di bawah Eastspring Investments dari 11 Ogos dan seterusnya untuk mendapatkan 500 Boost Coins. Check website Eastspring Investments di sini.

Bersama kita menyimpan dan melabur untuk masa hadapan yang lebih baik dengan Eastspring Investments. So jangan buang masa jadi Mat Jenin, tapi jadilah seperti Si Amad.

Penafian: Semua pelaburan tertakluk pada risiko pasaran semasa. Sebelum anda memulakan apa-apa jenis pelaburan, sila luangkan sedikit masa untuk membaca dan memahami sepenuhnya risiko yang mungkin anda hadapi di link ini.