fbpx

Isu tidak kosongkan tangki septik ni bukan lah satu benda yang baru, dah lama berlaku di kalangan masyarakat yang tak bertanggungjawab. Rumah cantik dihiasi deko deko moden namun bab sisa kumbahan najis buat sambil lewa. Persoalannya sampai bila nak jadi si pencemar alam sekitar?

Benda yang sangat mudah namun masih dipandang remeh bab ni. Come on guys dah nak masuk tahun 2023, takkan korang masih mempunyai sikap yang sama. Setiap tahun sambut Merdeka tapi bab perkhidmatan pembetungan agak-agak korang dah ada pemikiran Merdeka ke?

Kalau boleh biarlah jadi individu yang cantik serba serbi sempena nak masuk tahun baru ni kan. Senang cerita kosongkan tangki kumbahan mengikut masa yang ditetapkan. Baru lah persekitaran tu bersih jer. Tak dah lah bau yang bukan-bukan atau lagi teruk mencemarkan sumber air kita?

Ini Yang Akan Terjadi Bila Pandang Remeh Bab Ni

Bagi korang yang menggunakan sistem Tangki Septik Individu (IST) dan Tangki Septik Komunal (CST), atau sistem traditional seperti tandas curah atau palong korang kena tahu bahawa tangki-tangki seperti ini adalah tempat penyimpanan sisa kumbahan yang bersifat sementara.

Jangan pula tunggu tangki dah penuh baru kelam kabut dan tuding jari pada semua orang. Time bila penuh macam ni tangki dah tak berkesan sepenuhnya untuk membuang sisa kumbahan ada.

Bila tangki septik tidak dikosongkan, partikel yang masuk setiap hari akan bertambah dan akhirnya memenuhi ruang di dalam tangki. Bila perkara ini berterusan, partikel-partikel ini akan mengeras dan sukar apabila hendak di nyahenap cemar atau kosongkan tangki.

 

Bila dah mengeras macam ni, tiada lagi proses rawatan di dalam tangki septik berkenaan, sebaliknya air sisa yang baru hanya akan melalui ruang tangki dan mungkin akan terus melimpahi longkang, perairan dan alam sekitar.

Sebab tu lah amat penting untuk kita sebagai pengguna mengosongkan tangki septik sekurang-kurangnya dua tahun sekali bagi memastikan tangki itu berfungsi dengan lebih efisien.

Kalau korang nak tahu, sisa kumbahan hendaklah dilupuskan dengan cara yang selamat supaya dapat mengelak berlakunya penyebaran penyakit bawaan air yang berbahaya dan boleh menjejaskan kesihatan.

Tak Yang Memandai Nak Buat Sendiri, IWK Kan Ada

Bagi mengurangkan kesan pencemarannya ke atas alam sekitar dan kesihatan  penting untuk korang yang memiliki tangki septik atau tangki-tangki tradisional ini mendapatkan perkhidmatan Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd untuk membuat pengosongan secara berjadual.

IWK sebagai syarikat pembetungan nasional akan menguruskan penjadualan nyahenap cemar ke atas tangki septik dengan mengeluarkan notis pemberitahuan. Kalau korang dah dapat notis tu, jangan abaikan pula ya!

Notis pemberitahuan ini bertujuan untuk menjadualkan tarikh perkhidmatan nyahenap cemar yang akan dilakukan IWK dan akan dikeluarkan sebanyak dua kali sebagai peringatan.

Maklumbalas dari korang amatlah penting untuk memastikan tangki septik dapat diselenggarakan tepat pada waktunya.

Menurut warta Kerajaan Persekutuan, mana-mana pemilik, perbadanan pengurusan atau penghuni premis yang tidak mematuhi arahan notis bertulis kedua daripada IWK telah melakukan suatu kesalahan di bawah subseksyen 65(3) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 [Akta 655] dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi RM50,000.

Haa, amacam? Dapat info baru tak? Lepas ni dah tahu lah kenapa penting sangat untuk selenggara tangki septik di rumah di samping dapat menjaga alam sekitar kita!

Korang nak dapatkan perkhidmatan IWK atau nak info lanjut, layari laman rasmi ini www.iwk.com.my