fbpx

Apabila menjelang sahaja bulan Ramadan yang mulia ini, pasti ramai yang memikirkan di mana boleh berbuka puasa dengan juadah yang sedap dalam masa yang sama boleh membeli-belah barang keperluan untuk Hari Raya nanti.

Bila bulan Ramadan tiba, juadah-juadah enak pasti mula menerpa minda sebelum berbuka puasa — nak masak sendiri memang tak sempat, jadi lebih elok kalau ada satu tempat yang memiliki pelbagai restoran menghidangkan juadah berbuka yang sedap.

Apa kata kali ini, anda cadangkan kepada mak, kakak, adik, girlfriend, boyfriend dan kawan-kawan ke lokasi yang semuanya ada dari segi makanan, fesyen, keperluan rumah, barangan dekorasi dan aksesori.

Nak tahu lokasi mana yang ada semua ini? Pastinya di Sunway Velocity Mall, serba-serbi ada. Pelbagai restoran boleh anda teroka menunya dan pelbagai kedai dari sekecil-kecil barang sehinggalah sebesar barang semuanya ada.

Di mana setiap hidangan makanan yang ada di sana memang sangat sedap-sedap belaka. Yang penting anda boleh menjaga kesihatan anda sambil membeli-belah.

Antara restoran yang patut anda terjah semasa berbuka puasa adalah Seoul Garden, Black Canyon, Johnny Restaurants, Ichiban Ramen, Sukiya, O’Briens, The Chicken Rice Shop, Nyonya Leaf, Ko Hyang, 4Fingers, Chicken Plus, Dubuyo, Manhattan Fish Market, Sushi Zanmai dan Rakuzen semuanya pasti tidak akan mengecewakan anda.

Juadah pemanis mulut juga merupakan hidang yang menambah selera ketika berbuka. Hidangan manis dan sedap dan cool ini boleh didapati dari outlet Haagen-Dazs, Tealive, Chatime, Koi The, Tiger Sugar, Caffe Bene dan Seven Cups.

Pelbagai menu promosi yang anda boleh lihat di sini, dan yang paling penting satu keluarga anda happy dengan hidangan promosi sempena Ramadan.

Tak perlu lagi beratur panjang di bazar Ramadan untuk membeli juadah, dengan cuaca yang panas terik atau hujan, dan yang paling penting tak perlu susah payah hadap jem nak ke bazar Ramadan.

Apa lagi yang anda mahukan? Semuanya ada di bawah satu bumbung di Sunway Velocity Mall.


Tambah lagi dari sekarang sehingga 9 Jun pelbagai aktiviti menarik sedang berlangsung di Sunway Velocity Mall!

Jangan lepaskan peluang hebat ini! Bukan sahaja terhad kepada kaum wanita malah kaum lelaki dan kanak-kanak juga boleh menyertai setiap aktiviti menarik yang ada di Sunway Velocity Mall ini.

Antaranya adalah bengkel interaktif kanak-kanak di mana terdapat hampir 22 bengkel interaktif kanak-kanak yang disediakan untuk anak anda

Siap boleh dapat hadiah misteri lagi! Tetapi anak anda haruslah sertai sekurang-kurangnya 11 bengkel interaktif yang berbeza dan 1 sesi bertemu bersama Ejen Ali, Boboiboy atau Sesame Street. Barulah boleh tebus hadiah misteri dari Sunway Velocity Mall!

Tidak ketinggalan juga Chuck Chicken Junior Warriors 2.0 yang diadakan di Vanity Atrium, Tingkat bawah dari sekarang hingga 9 Jun masa cuti sekolah ini!

Ada pelbagai aktiviti menarik seperti sesi bertemu dan pertandingan mewarna. Anak anda juga boleh menyertai pertandingan Chuck Chicken Junior Warriors pada 1 – 2 Jun dan berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik.

Penyertaan adalah RM60 sahaja termasuk baju T, pingat dan esklusif barangan Chuck Chicken Junior Warriors!

Bukan itu saja, alang-alang anak anda bermain pada musim cuti sekolah ini, mereka juga boleh bermain dengan unicorn inflatable dari hari Isnin – Jumaat.

Tiket masuk untuk ahli VeloKiddie adalah RM8 (NP: RM15) saja. Jadi pastikan anda mendaftar anak anda sebagai ahli VeloKiddie!

Bila bawa kanak-kanak membeli barangan Raya ini memang kena banyak aktiviti menarik supaya mereka tidak bosan dengan mood shopping si ibu!

Selesai aktiviti anak anda, barulah boleh bawa mereka ke mood shopping anda pula.

Para ibu dan ayah pasti tak sabar nak terjah Sunway Velocity Mall untuk beli keperluan raya bukan? Jangan risau di Sunway Velocity Mall anda boleh jelajah satu mall untuk cari barangan keperluan anda.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh nikmati dekorasi suasana Hari Raya yang ada di pusat membeli-belah kegemaran ramai ini.

Bolehlah ambil gambar dengan mood raya dan muat naik di laman sosial media anda. Pasti dapat ribuan like dan komen.

Nak tahu apa yang lebih menarik? Anda juga boleh menebus set mangkuk kaca eksklusif apabila anda berbelanja RM600 dalam 5 resit (RM500 untuk pemegang kad kredit HSBC)!

Siapa yang tak suka kan, sambil berbuka puasa dan membeli belah dapat pula hadiah. Kalau begini, boleh shopping hari-hari! Nak lagi, siap ada aktiviti untuk kanak-kanak.

Menarik bukan? Memang anda boleh jadikan Sunway Velocity MalL ini sebagai salah satu destinasi untuk anda berbuka puasa sambil membeli barangan raya.

Rugi jika anda lepaskan peluang ini. Semua ini hanya di Sunway Velocity Mall!