fbpx

Ini Koleksi Terhad #OOTDIVA by EL, Lambat Tak Dapat

Bertuah sungguh bukan sebenarnya jadi ahli Watsons sebab Watsons selalu buat promosi yang susah betul untuk ditolak. Baru-baru ini, koleksi terhad #OOTDIVA by EL baru saja dilancarkan dan bagi siapa nak dapatkan koleksi oleh Elfira Loy ini kenalah jadi ahli Watsons terlebih dahulu.

Apa yang pasti koleksi oleh Elfira ini memang cantik-cantik belaka dan sebenarnya sangat sesuai untuk mereka yang berhijab. Siapa kata bila berhijab tak boleh berfesyen?

Sebagai seorang wanita, kita seharusnya tampil lebih yakin untuk berhadapan dengan dunia luar. Kecantikan dalaman pastinya menjadi kekuatan utama kaum wanita namun penampilan juga memainkan peranan yang cukup penting untuk terus berjaya dalam mencapai apa yang diimpikan.

Hadir dengan koleksi yang sangat menawan, kami kongsikan bersama anda bagaimanakah caranya untuk mendapat koleksi #OOTDIVA by EL. Itu pun, sementara stok masih ada. Siapa lambat memang tak dapat. Ikut saja cara ringkas di bawah:

1. Belanja RM20 untuk dapatkan 1 pelekat
2. Minimum 2 pelekat diperlukan + RM19.90, ahli boleh tebus berus mekap #OOTDIVA
3. Dapatkan pelekat bonus untuk pembelian jenama jenama terpilih di Watsons

Berus mekap saja ke? Eh nanti dulu, lagi lebih anda berbelanja, lebih banyak anda dapat kumpulkan koleksi seperti gambar di bawah ini:






Jadi, apa tunggu lagi. Dapatkan barangan koleksi #OOTDIVA by EL ini bermula 24 April sehingga 2 Julai 2018. Jika tidak mahu ketinggalan sebarang kemaskini dari Watsons, ikuti saja Facebook mereka ini.