Pendakwah bebas, PU Riz menjadi perhatian apabila memuat naik hantaran berkongsikan pandangan peribadiya mengenai pemeliharaan anjing.

Menerusi perkongsian di Threads, PU Riz mencadangkan agar orang awam di Malaysia tidak boleh memelihara anjing terutama di kawasan bandar.

BACA:Harga Tiket Majlis Ilmu PU Riz & Neelofa Cecah RM1k, Netizen Pertahan Anggap Berbaloi

“Kalau tak keberatan , orang awam di malaysia tak boleh dah pelihara Anjing Ini juga saranan Agama. Mazhab kita memberi had had yang sangat tinggi yang mana orang di bandar tak perlu dan tak pakai kaedah ini (jaga kebun dan lain-lain)” tulisnya.

Difahamkan, pandangan itu dikongsikan selepas berlaku insiden apabila individu diserang sehingga menyebabkan kecederaan.

Sementara itu, PU Riz memohon maaf seandainya ada pihak yang tidak setuju serta mengatakan itu adalah pandangan peribadinya.

“Kesian tengok beberapa orang nak pergi sekolah kena gigit, ada yang smpai hampir maut. Saya personally tak suka dengan kehadiran Anjing baik di rumah jiran bukan Islam mahupun anjing liar. Maaf jika tak setuju. Ini hemat peribadi saya,” tulisnya.

×