fbpx

Ini Jadi Bila Anda Jual Barang Perabot Murah Sangat

Hidup di zaman ini bukan mudah, lagi lagi buat mereka yang berniaga. Persaingan demi persaingan yang hadir hampir setiap hari mampu membunuh cita cita usahawan. Namun ini cerita berbeza buat Big Brain – sebuah kedai perabot yang menongkah arus melawan persaingan mendatang.

Big Brain hadir dari idea 4 orang sahabat yang mempunyai kelebihan masing masing. Namun perjalanan mereka sehingga ke tahap sekarang bukanlah mudah malah terpaksa berdepan liku liku yang mampu mematahkan semangat.

Hadir dengan konsep rekaan moden klasik, kini jenama Big Brain semakin dikenali. Bertempat di Johor Bahru, pengalaman yang diberikan oleh anak muda ini ternyata mengubah selera mereka yang meminati dunia perabot.

Kami kongsikan dulu beberapa perkara menarik tentang Big Brain:

1. Tiada Diskaun?

Tahun pertama berada di dalam industri, ramai pelanggan yang pelik kerana Big Brain tidak menawarkan diskaun dan menimbulkan persoalan pula. Namun sehingga hari ini makin ramai pelanggan yang menghormati keputusan mereka itu.

Ini kerana harga yang mereka tawarkan adalah termurah berbanding pesaing lain terutama Ikea, eh. Sebab apa murah? Teruskan membaca.

2. Kenapa Murah Sangat, Barang Tak Bagus Ya?

Ini pun jadi masalah bila harga perabot yang ditawarkan oleh mereka sangat berpatutan sehingga menimbulkan keraguan sesetengah pelanggan sekaligus menyifatkan barangan mereka tidak berkualiti.

Rahsianya, pihak Big Brain berhubung terus dengan pengeluar sekaligus menjimatkan kos orang tengah yang akan membuatkan harga semakin tinggi melambung. Tak usah risau kerana perabot yang ada di sini dijamin 100 peratus adalah buatan Malaysia.

3. Pernah Hantar Perabot Naik Kereta, Tapi…

Pengalaman sering mengajar kita menjadi lebih tabah dan matang. Big Brain sangat menjaga pelanggan mereka dan bila ada yang tidak berpuas hati, mereka akan berikan yang terbaik.

Kisahnya bermula bila ada pelanggan kurang berpuas hati sebab ada kerusi meja yang berbunyi ‘kik-kok’ tidak henti-henti. Jadi mereka bawa kerusi baru tapi bila dah sampai, rupa rupanya permukaan rumah pelanggan itu sendiri yang tidak rata sekaligus menghasilkan bunyi ‘kik kok’.

Ini adalah beberapa kisah menarik sepanjang perjalanan mereka sehinggalah kini disegani oleh pelanggan mereka. Melalui perabot berkualiti, kini rata rata mereka yang berpuas hati dengan mereka akan datang kembali.

Servis yang terbaik dan juga layanan pelanggan yang menyentuh hati pastinya membuatkan anda jatuh cinta. Anda ada soalan? Hubungi terus mereka di sini atau terjah laman web mereka, big-brain.myshopify.com untuk maklumat lanjut.

Jom tengok beberapa lagi pilihan perabot yang sangat menarik yang dikeluarkan sendiri oleh mereka dan anda boleh dapatkan terus di Big Brain. Kualiti memang mengancam habis, tapi percayalah ini hasil tangan anak Malaysia! Enjoice!