Dalam kemaskini terbaru menerusi Instagram hari ini, Nazim Othman mendedahkan yang beliau dan bekas isterinya Bella Dally mengambil masa 6 jam berbicara dari hati ke hati tentang keputusan untuk berpisah.
Dalam tulisan beliau, Nazim Othman mendedahkan yang sesi luahan perasaan ini terjadi sehari sebelum beliau pulang ke Kota Kinabalu, Sabah untuk memulakan proses permohonan cerai.
BACA: Nazim Othman, Bella Dally Sah Bercerai
“The laughters, the tears and the reasons; every single detail is best to be kept between ourselves. We mutually accepted our fate with an open heart and agreed not to sensationalise the topic to public. Kuncinya adalah redha,” tulis Nazim Othman.
Mereka sebenarnya lebih tahu kenapa ini jalan terbaik buat hidup mereka ketika ini. Kita sebagai orang luar haruslah lebih memahami dan mendoakan yang terbaik untuk kedua dua mereka. (rtky/m)