fbpx

Ini Cara Mudah Untuk Dapatkan Data Internet Bernilai RM3!

Zaman sekarang ini, untuk dapatkan data internet dengan harga yang murah pun susah. Nak-nak lagi yang rajin scroll Facebook, Instagram dan Twitter pastinya inginkan data internet yang murah.

Yalah zaman sekarangkan zaman media sosial, jika ketinggalan dengan maklumat media sosial ini ibarat tidak up to date dan tidak ikut trendlah.

Nak-nak lagi perkara yang viral di media sosial pasti cepat disebarkan. Rasa rugi jika hari-hari beli pakej internet yang mahal bukan?

Tapi kali ini anda tidak perlu susah-susah fikir mana mahu dapatkan data internet yang murah. Nak tahu kenapa kami kata begitu?

Sebabnya, ada satu telekomunikasi terkenal ini akan berikan anda data internet dengan hanya RM 3 sahaja tahu!

Selepas mencapai 3 Juta pengguna aktif bulanan yang setia menggunakan aplikasi ini. Ternyata ini adalah hadiah menarik untuk anda.

Bagi meraikan kejayaan yang gilang gemilang ini, aplikasi MyDigi kali ini menawarkan pelbagai ganjaran dan tawaran hebat buat penggunanya yang setia menggunakan perkhidmatan telekomunikasi Digi sepanjang hari.

Kali ini, aplikasi MyDigi menawarkan data internet dengan hanya RM 3 untuk 3GB! Murah bukan? Anda pasti tidak akan jumpa di mana-mana data internet serendah ini.

Tidak terhad kepada pengguna pascabayar, pengguna prabayar (top-up) juga boleh membeli internet serendah RM 3 ini sepanjang bulan Mac.

Tapi sebelum mahukan data serendah ini, jangan lupa untuk muat turut aplikasi MyDigi di dalam telefon bimbit anda. Barulah boleh enjoy data semurah ini!

Aplikasi MyDigi yang penuh dengan ciri keselamatan ini memerlukan anda untuk mencipta kata laluan dan nombor telefon bimbit untuk memberikan perlindungan yang lebih baik kepada anda.

Selepas anda masuk sahaja ruangan MyDigi ini, macam-macam anda boleh lakukan dengan aplikasi yang boleh dikatakan power ini.

Yalah mana tidaknya, dengan aplikasi ini, anda boleh bayar bil telefon hanya menggunakan kad bank anda sahaja tanpa perlu masukkan nombor pin.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh beli top-up untuk anda mahupun keluarga anda siap dapat 10% kredit percuma lagi.

Nak lagi eksklusif, aplikasi ini juga memudahkan anda untuk semak baki internet, tambah nilai data mahupun roaming, check panggilan keluar masuk dan penggunaan SMS serta banyak lagilah!

Yang pastinya anda boleh menikmati MyDigi Rewards lebih daripada 500 jenama di seluruh 7,000 buah kedai di seluruh Malaysia.

Macam-macam kelebihan anda akan dapat jika anda jadikan aplikasi ini sebagai rakan baik anda.

Anda juga boleh menikmati Rotiboy dengan hanya RM 3.30 untuk dua pieces roti bun. Kali itu, bolehlah anda makan sepuas hati anda.

Bukan sahaja , banyak lagi rewards makanan yang anda boleh dapat seperti Burger King, Taste Better, Krispy KremeKrispy Kreme dan banyak lagilah.

Pakej photobook pun anda boleh dapat dengan harga yang murah. Cuba anda bayangkan 60 keping gambar bersaiz 4R hanya RM 25.50 sahaja!

Sangat berbaloi untuk kaki gambar. Nak tahu apa lagi rewards yang anda akan dapat, muat turun aplikasi MyDigi ini sekarang dalam telefon bimbit anda.

Pasti tidak akan menyesal nanti jika aplikasi ini ada dalam telefon anda.

Bukan sahaja boleh dapat rewards bagai durian runtuh MyDigi app ini juga sangat mudah untuk digunakan dan menjimatkan masa untuk membuat urusan anda apabila semuanya ada dalam satu aplikasi yang sama!

Jangan lupa tahu untuk muat turun aplikasi ini pasti berbaloi-baloi yang anda akan dapat.