fbpx

Setiap wanita menginginkan kulit yang cantik dan sempurna. Kulit sihat membantu dalam memberikan aura dan mood cantik di pagi raya.

Tambahan lagi, di hari raya pastinya semua wanita ingin tampil bergaya dan yang paling penting kulit muka licin dan bersinar.

Tapi jangan anda tak tahu, gaya hidup juga menjadi faktor kepada tahap kesihatan kulit anda. Salah satunya adalah stress yang akan menyebabkan kelemahan kualiti kulit dan tekstur kulit semakin merosot.

Jangan risau kali ini, kami akan kongsikan dengan anda 5 langkah menjaga penampilan diri dengan barangan Jepun yang bakal membuatkan anda tampil berseri sekaligus akan membangkitkan lagi mood raya anda.

1. Penjagaan Dari Segi Kesihatan dan Kecantikan Dengan Rahsia Jali

Persekitaran dan tangan yang kotor boleh membuatkan kulit wajah anda berjerawat. Tapi dengan penggunaan Fine Japan Organic Pearl Coix yang dihasilkan dengan barangan organik ini mampu membantu kulit muka yang berjerawat berubah menjadi licin.

Bukan itu sahaja, Fine Japan Organic Pearl Coix anda harus minum setiap pagi dan malam kerana ia dapat meningkatkan faktor kesihatan anda secara konsisten dengan mengawal tekanan darah dan mengurangkan lemak sekaligus dapat meningkatkan imuniti serta mengurangkan penyakit sembelit.

Bagi anda yang ingin tampil lebih menawan di pagi raya, tidak cukup sekiranya anda hanya mengamalkan Fine Japan Organic Pearl Coix setiap hari tanpa Hatomugi Skin Conditioner Lotion.

Dengan penggunaan Hatomugi Skin Conditioner Lotion kulit muka anda akan terus kelihatan bak kulit selebriti. Nak tahu kenapa?

Hatomugi Skin Conditioner Lotion akan mengecilkan liang-liang pori yang terbuka di wajah dan juga dapat mengurangkan garis halus serta mencegah tanda-tanda awal penuaan kulit.

Tapi dengan Hatomugi Skin Conditioner Lotion ini jika anda amalkan setiap hari kulit anda akan lebih berseri kerana fungsinya juga dapat memperbaiki kulit anda.

2. Rambut Raya Lebih Awesome Dan Lebat Dengan Syampoo Kegilaan Ramai


Sama ada lelaki mahupun perempuan, rata-ratanya sangat menitik beratkan soal keperibadian. Bukan sahaja penjagaan kulit wajah malah bagi yang tampil free hair di hari raya. Bab rambut memang menjadi keutamaan bagi mereka.

Tidak kurang hebatnya yang bertudung juga jangan sesekali lepas pandang mengenai penjagaan rambut!

Dengan Maro Deo Cool Scalp Shampoo yang diperbuat daripada herba tradisional Jepun ini akan menjadikan rambut anda lebih ikal mayang, lebat dan kekal segar.

Kiranya bagi anda yang ada masalah rambut bercabang, tidak sihat dan rambut nipis tu sangat sesuai menggunakan produk keluaran Jepun ini. Mana tahu anda boleh miliki rambut seperti orang Jepun di pagi raya!

Menariknya mengenai syampu ini, ia bebas bahan kimia seperti pewarna, silikon dan paraben.

Rasanya semua tahu bahawa produk syampu yang mempunyai salah satu bahan kimia akan merosakkan lagi rambut anda secara perlahan-lahan.

Senang cerita dengan syampu ini rambut anda akan sentiasa bersih dari kulit kepala dan sekaligus menghindari dari bau-bau rambut yang busuk dan masam.

Mana taknya, Maro Deo Cool Scalp Shampoo mengandungi bahan-bahan pelembab yang bernilai seperti ekstrak daun Eriobotrya Japonica, ekstrak rumpai laut, asid kolagen dan hyaluronik untuk rambut dan kulit kepala anda.

3. Penggunaan Mask Muka Setiap Hari

Nak menawan di pagi raya haruslah usaha lebih sikit bukan? Jangan tunggu hari raya menjelma baru nak jaga kulit wajah.

Dari sekaranglah anda perlu gunakan mask muka untuk dapatkan hasil yang luar biasa di hari lebaran. Tapi hati-hati pilih mask tu jangan main sambar sahaja.

Jika mahu kulit wajah bak wanita Jepun jangan lupa untuk dapatkan Utena Premium Puresa Golden Jelly Mask yang mengandungi 33 gram serum kolagen jeli emas, jeli serum yang kaya dengan keseimbangan bahan pelembap, air serta minyak.

Jeli serum yang terkandung dalam Utena Premium Puresa Golden Jelly Mask dapat melembutkan kulit yang kering sekaligus jeli tersebut akan meresap masuk ke dalam kulit.

Penyerapan kolagen jeli emas secara maksimum akan membekalkan nutrisi kepada kulit anda, memperbaiki tekstur kulit sekaligus dapat memulihkan kulit wajah.

Jika anda amalkan Utena Premium Puresa Golden Jelly Mask anda akan kelihatan lebih muda dari usia sebenar.

Nak tampil muda pada hari lebaran jangan lupa pakai mask dari sekarang!

4. Kekal Segar Setiap Hari Dengan Deodorant Ini

Hari raya pastinya hari yang paling sibuk buat anda semua bukan? Mana taknya tetamu yang datang tak putus-putus.

Lepas letih layan tetamu nak juga beraya di rumah rakan-rakan. Tapi ingat jangan pergi beraya dalam keadaan yang busuk tu.

Jangan pula main sambar minyak wangi sahaja untuk berbau wangi sepanjang jalan tapi sekali angkat tangan, ketiak berbau.

Nak keluar beraya tu ringan-ringanlah tangan anda untuk sambar QB Medicated Cream dan sapu di bahagian ketiak anda. Barulah berbau harum sikit bila angkat tangan nak peluk rakan lama tu.

Yang selalu ada masalah ketiak berpeluh sehingga melekat di pakaian itu anda perlu berubah angin untuk cuba QB Medicated Cream.

Deodorant keluaran Jepun ini dapat membantu mengetatkan kelenjar peluh sekaligus mengurangkan peluh dikawasan ketiak dan juga dapat membunuh bakteria yang menyebabkan bau kepam di bahagian tersebut.

Lebaih menarik lagi, QB Medicated Cream ini mengandungi 8 bahan pelembap semulajadi untuk mengekalkan kelembapan kulit.

Yang paling penting sangat mudah untuk anda gunakan dan bawa kemana sahaja.

Jangan muka sahaja licin dan cantik sekali ketiak berbau, memang rosaklah reputasi penampilan anda.

5. Berikan Kemanjaan Kepada Kulit Tangan Anda

Bila dah serba serbi anda jaga dengan teliti, jangan lupa untuk jaga kulit tangan juga. Barulah anda dipuji masa bersalaman dengan saudara mara mahupun sahabat handal.

Senang sahaja untuk anda jaga kulit tangan untuk kelihatan lebih halus, dan lembut. Setiap hari anda perlu sapukan HimeCoto Shiro Yubi Hime Wrinkleless Putty Hand Cream di bahagian tangan anda.

Serbuk mikro yang terdapat didalamnya akan mengecilkan kulit yang berkedut dan secara semulajadi dan akan menjadikan tangan anda kelihatan lebih muda, lembut dan cantik.

Bila semua dah lengkap dari segi penjagaan diri barulah bersemangat sikit untuk beraya.

Bukan itu sahaja, anda juga akan mendapat kepujian bila anda amalkan kelima-lima langkah ini.

Tapi haruslah mula dari sekarang, barulah anda akan dapat hasil yang terbaik di hari lebaran nanti.

Jadi apa tunggu lagi, terjah Sasa, Watsons, Guardian, Aeon dan farmasi berdekatan anda untuk dapatkan kesemua barangan yang awesome ini!