fbpx

Ini Antara Tempat Menarik Di Gangwon! Best Gila Weh!

Kaki travel ke korea mesti tercari-cari tempat baru untuk pergi dekat Korea kan? Seoul sudah, Jeju sudah apa lagi tempat menarik yang boleh di explore dekat Korea ni eh? Ha ni lah kami nak cerita ni! Confirm lepas baca boleh terus check tiket flight!


Kami diberi kesempatan untuk explore beberapa tempat di Gangwon beberapa minggu lepas! Memang penuh dengan kebudayaan dan banyak aktiviti menarik untuk dibuat. Lagi-lagi untuk yang tengah cari tempat honeymoon tu! Dekat sini kami kongsi beberapa tips yang membuatkan trip anda lagi mudah!


Gunalah Perkhidmatan Tourist Taxi! Efficient Weh!

Ada dua daerah yang boleh gunakan perkhidmatan ini, Chuncheon dan juga Gangneung! Hanya perlu bayar KRW 20,000 (RM 70++) untuk menikmati perkhidmatan tourist guide mereka selama 3 jam! Dan jangan risau, pemandu pelancong ni boleh cakap Bahasa Inggeris! Senang kan? Dekat Chuncheon ni ada 3 tempat yang kami akan kongsi dengan untuk anda terokai sendiri keunikannya. Nak lagi mudah anda boleh lihat di sini tempat-tempat yang menarik sekitar Gangwon untuk anda pergi.

Soyanggang skywalk

Glass walk sepanjang 156cm ni terletak di Tasik Uiamho. Bila jalan di atas kaca tu boleh nampak pemandangan tasik yang sangat cantik di bawah!

Organic Cafe

Kalau anda memang sukakan makanan organik, anda boleh ke sini untuk menikmati air dan makanan yang dibuat secara semula jadi tanpa bahan pengawet. Yang paling best, cafe ni dikellingi dengan bunga canola pada musim bunga dan pink muhly pada musim luruh!

Soyanggang Dam

Soyanggang dam ini merupakan empangan konkrit terbesar di Asia dan ke-4 terbesar didunia! Baru-baru ni viral sebab ada salah seorang anggota BTS yang amik gambar di empangan!

Tourist Taxi di Gangneung< akan bawa pelancong ke Weolhwa Street, Gyeongpo Beach dan Anmok Coffee street! Bestnya! Tak perlu pening kepala fikir tempat mana yang menarik di sekitar Gangneung klik saja di sini dan anda boleh lihat banyak tempat-tempat yang best untuk anda pergi.

Wolhwa street

Nak makan street food? Ke sini lah apa lagi! Antara makanan yang boleh anda jumpa ialah Hotteok (pan-fried pancake) dengan ice cream atau cheese, ayam goreng, fish croquette dan macam-macam lagi!

Gyeongpo Beach

Kalau anda nak tahu, Pantai Gyeongpo ini memang antara Pantai yang terkenal di Korea! Hutan pine dan juga bunga rose liar merupakan antara tumbuhan yang tumbuh di beberapa tempat berdekatan pantai ini! Malah, pantai ini juga tempat yang sesuai untuk ambil gambar sunset!

Anmok Coffee Street

Coffee lover wajib pergi Anmok Coffee Street ni! Ada pelbagai cafe yang menyediakan pelbagai jenis coffee dengan resipi dan cara mereka tersendiri! Reka bentuk bangunan di situ ada macam-macam! Lagi best sebab ada cafe yang menghadap lautan luas dan sangat cantik untuk bergambar!

Eh, alang-alang dah ke Korea tu, rugi kalau tak singgah tempat pengambaran K-Drama dan bus stop BTS! Boleh ke muzium dia juga tahu!

BTS Bus Stop

Peminat BTS mesti tahu tempat ni! Tempat ini digunakan untuk muka depan album You Never Walk Alone!

Jumunjin Breakwater (Goblin)

Kalau tadi peminat BTS, ni tempat untuk peminat K-Drama pulak! Tempat ini merupakan tempat pengambaran cerita Goblin! Rasa macam ada dalam drama tu bila anda pergi dekat sini.

Ojukheon House

Kalau anda tengok duit Korea 50,000 akan ada gambar perempuan manakala 5,000 won pula akan ada gambar lelaki bukan? Ha, mereka ini lah yang duduk di sini pada tahun 1504-1551! Mereka ini juga dikatakan orang yang sangat terpuji dan disegani satu masa dahulu.

Dekat sini juga anda boleh rasai pengalaman tidur di Hanok (rumah traditional Korea). Rumah ini dibina bagi mempromosikan kebudayaan dan juga budaya orang Korea! Penginapan ini terletak bersebelahan dengan rumah Ojukheon, di mana Yi I dan ibunya Shin Saimdang lahir.

Gangneung Ojuk Hanok Village ini mempunyai 51 bilik yang anda boleh pilih mengikut kesesuaian! Bilik-bilik ini juga mempunyai ciri-ciri yang berlainan. Dan jangan risau, ada juga bilik yang khas untuk orang kurang upaya.

Wahh seronoknyaaaa! Tapi, ada ke aktiviti untuk kanak-kanak?

Mestiah ada! Kalau bawak anak-anak ini confirm memang tersenyum lebar sampai balik nanti! Antara tempat yang boleh bawak anak-anak adalah di:

Alpaca World

Anda luangkan masa dekat sini berjam-jam pun takpe sebab bukan hanya melihat tapi juga ada Alpaca Safari dan Playground! Comel dan jinak sangat Alpaca ni semua! Bulu Alpaca ini lembut macam nak peluk sahaja sepanjang hari! Dekat Alpaca World ini bukan ada Alpaca sahaja tapi ada juga Taman Arnab, Taman Rusa, Taman Burung, Taman Burung Hantu dan juga Taman Burung Helang! Siap ada tempat khas untuk ambil gambar lagi.

Sea Train

Sea train ini akan melintasi 3 bandar, Gangneung,Donghae dan Samcheok! Sepanjang jalan tu boleh tengok pemandangan laut yang menenangkan.

Curling Game

Pernah baca mengenai team curling wanita Korea yang viral masa Winter Olympic 2018? Ini lah permainannya! Anda boleh cuba mainan ini dekat sini! Hanya perlukan 4 orang pemain dalam satu pasukan. Jangan risau sebab akan ada instruktor yang ajar nanti. Pemainan ini mengambil masa selama satu jam setengah! Cubalah, bukan senang nak try game ni!

Kalau masih ada masa, boleh lah lawati tempat dekat bawah ni!

Non Goldamgil

Cantik gila tempat ni! Jalan ini merupakan jalan untuk naik ke Mukho Lighthouse. Di dinding penuh dengan mural yang menceritakan kisah kehidupan masyarakat tempatan di Mukho Port tu.

Jeongdongjin Rail Bike

Yang last ini mesti lah yang paling best kan? Kalau ke Gangwon tapi tak cuba main rail bike ini memang rugi sangat! Anda boleh main rail bike ini di tepi laut dan permandangannya memang cantik dan insta-worthy! Bucketlist checked!

Bestnya Gangwoon! Memang Satu Pengalaman Yang Boleh Dikatakan Sekali Dalam Seumur Hidup!

Kebanyakkan aktiviti dekat sini tak ada di Malaysia. Jadi memang sekali sahaja anda akan dapat rasa.

Ha, Nak Tempah Tiket Ke Tu? Apa Lagi Guys? AirAsia lah!

AirAsia kini menawarkan tambang rendah setiap hari di hanya d airasia.com ke Korea dengan penerbangan 2 kali sehari. Pra-tempah makanan dalam pesawat, bagasi, insuran dan aktiviti menerusi airasia.com bagi penjimatan lebih.

Untuk anda rasa lebih selesa cuba terbang dengan tempat duduk Premium Flatbed yang mempunyai pelbagai kelebihan dan confirm tidur nyenyak dalam pesawat!

Alang-alang AirAsia akan buat sale mulai 4 November ini bagi setiap penerbangan 27 April 2020 sehingga 1 March 2021 ni tunggu apa lagi, cepat-cepatlah booking. Ingat sale ini sehingga 10 November ini sahaja! Siapa cepat dia dapat.