fbpx

Ini Antara Hasil Video Dan Gambar Dari Telefon Pintar Kegilaan Neelofa, Oppo Reno2

OPPO Reno 2 series edisi terbaru telah pun dinaik taraf kepada ciri yang lebih baik bagi mengikut kehendak penggunanya. Bukan sahaja mempunyai reka bentuk yang lebih elegan, OPPO Reno 2 series ini kembali dengan ciri-ciri unggul yang bakal membuatkan anda menyesal jika tidak memiliki telefon kesukaan selebriti terkenal seperti Neelofa.

Reno 2 series ini dilengkapi dengan empat kamera belakang yang menyokong Ultra Dark Mode dan Ultra Steady Video. Anda bakal jatuh cinta dengan setiap inci kecanggihan yang ada pada telefon pintar ini. Nak tahu apa kecanggihannya, nah kami belanja anda beberapa kecanggihan yang meletop pada OPPO Reno 2 series.

1. 5x Hybrid Zoom


Dengan kuasa 5x hybrid zoom yang terdapat dalam mod OPPO Reno2 ini membolehkan anda untuk rakam memori terindah bersama insan tersayang meskipun dalam keadaan jarak jauh.

1x zoom

5x hybrid zoom

2. 20x Digital Zoom


Bagi anda yang gemar merakam video sangat sesuai jadikan OPPO Reno2 sebagai pilihan anda. Reno2 kali ini dilengkapi dengan 5x zoom hybrid dan 20x zoom digital untuk rakaman gambar yang lebih ultra kualiti tinggi meskipun dalam keadaan jarak yang jauh.

20x zoom digital

3. Ultra Steady Video



Bila bercakap bab video, OPPO Reno2 ini memang paling awesome kerana ia dilengkapi dengan Ultra Steady Video yang mampu mengurangan bunyi semasa rakaman berlangsung.

Ultra Steady Video ini akan bertindak menstabilkan video yang diambil semasa jogging, ski, berbasikal, menunggang motosikal atau pun semasa anda menaiki roller coaster. Dengan kuasa Electronic Image Stabilization (EIS) dan Optical Image Stabilization (OIS) yang mengimbangi pergerakkan.


Lebih menarik lagi, dengan kecanggihan ini anda boleh merakam video dengan kadar bunyi yang sangat perlahan. Jadi jangan bimbang bunyi-bunyi yang tidak diundang akan masuk kedalam video anda ketika rakaman berlangsung!

4. Kesan Bokeh Dalam Video


Yang menariknya mengenai telefon pintar Reno2 ini adalah kesan bokeh/kabur pada latar belakang video yang boleh digunakan pada kamera hadapan mahupun kamera belakang. Kiranya anda boleh jadikan latar belakang lebih kabur supaya objek lebih kelihatan semasa merakam video nanti.


Bukan itu sahaja, mikrofon yang terdapat dalam telefon pintar ini juga boleh menyekat kebisingan background dan menjadikan suara manusia lebih mudah didengar semasa penggambaran.

5. Audio Zoom




Dengan adanya audio zoom mode anda boleh tingkatkan kesan bunyi objek apabila zoom nanti. Mode ini sangat sesuai untuk anda gunakan semasa merakam memori dalam keadaan angin kencang mahupun jalan yang sibuk dengan kebisingan kenderaan.

6. Ultra Dark Mode

Jika anda melakukan rakaman pada waktu malam sekali pun OPPO Reno2 masih mampu merakam setiap objek yang ada. Anda hanya perlu gunakan Ultra Dark Mode sahaja.

On sahaja mode ini, pastinya setiap video anda akan lebih berkualiti meskipun rakam dalam keadaan cahaya yang kurang.

Lebih menarik lagi, dengan menggunakan OPPO Reno2 ini anda juga boleh dapatkan gambar dalam jarak yang dekat dengan lebih sempurna dan tajam hanya dengan menggunakan Ultra Marco Mode dengan kuasa close up yang meletop!

7. Perbezaan OPPO Reno2 Series

Tidak hanya tertumpu kepada OPPO Reno2, OPPO juga mengeluarkan OPPO Reno2 F yang sudah semestinya mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Anda pasti ingin tahu apa perbezaannya kan? Tak mengapa, ini kami bagi anda perbezaan dalam bentuk jadual untuk memudahkan anda membuat keputusan semasa membeli!

Ha, semuanya kami dah bagi. Tunggu apa lagi, cepat-cepat lah order telefon pintar pilihan ramai ini.

Tak susah anda hanya klik di sini untuk jadikan telefon pintar ini salah satu koleksi gadjet anda. Maklumat lanjut layari laman rasmi OPPO.