fbpx

Masuk sahaja kedai barangan kegilaan ramai ini pastinya takkan keluar dengan tangan kosong.

Walaupun anda tak terfikir untuk membeli pasti tangan anda akan penuh barang bila keluar sahaja dari kedai berpuaka ini.

Nak-nak lagi bila time sale memang rambang mata nak beli barang. Yalah mana tidaknya boleh dikatakan kesemua barang dijual dengan harga yang murah.

Tapi bila sering beli barangan di Watsons ini, rugi sekiranya anda tidak memiliki kad members Watsons. Nak-nak lagi sekarang Watsons sediakan lebih banyak kelebihan dengan kad members ini. Antaranya:

1. 12 Keistemewaan Yang Awesome

Jika dahulu, pemegang kad members Watsons hanya mendapat 8 keistemewaan sahaja, tapi kali ini Watsons akan beri anda 12 keistemewaan yang super WOW kepada anda.

Lepas ini, pasti anda membeli sehingga penuh bakul dengan kelebihan yang super duper awesome ini.

2. Baucer Ganjaran Sehingga RM5,000


Di Watsons, hampir kesemua barangan yang dijual boleh buat anda jatuh cinta. Nak-nak lagi apabila terjah barangan solekan, boleh berjam-jam di bahagian itu sahaja.

Anda pasti penah mengalami situasi sebegini. Dah sakan membeli pasti anda mahukan sesuatu yang bebaloi bila anda berbelanja bukan?

Jangan risau anda akan dapat baucer beli belah bernilai hampir RM5,000 jika anda mendaftar sebagai ahli Watsons! Menarik bukan?

3. Beli Produk Kesihatan Dapat Free Baucer RM10

Watsons yang menjadi kedai pilihan pelbagai peringkat umur ini juga akan buat anda senang hati untuk anda terjah bahagian produk kesihatan.

Bila sudah meningkat usia pastinya tubuh badan memerlukan suplemen yang secukupnya untuk kekal sihat.

Di kedai berpuaka ini juga turut menyediakan ruangan produk kesihatan yang memudahkan anda membuat pemilihan dek kerana adanya perunding farmasi di situ.

Anda juga bakal mendapat baucer percuma bernilai RM10 jika anda membeli barangan kesihatan terpilih di Watsons!

Tapi bukan itu sahaja tahu, anda juga berpeluang memenangi pakej percutian 4 hari 3 malam untuk 2 orang ke Club Med Maldives, Bali, dan Cherating sekiranya anda membeli produk kesihatan bernilai RM50 keatas.

Tidak tertumpu kepada pakej percutian sahaja, pelbagai lagi hadiah menarik apabila anda beli produk kesihatan di Watsons ini!

4. Jualan Murah Beli 1 Percuma 1

Ini pasti yang ditunggu-tunggu oleh peminat setia Watsons. Boleh dikatakan hampir setiap minggu Watsons akan mengadakan sale buy 1 free 1 ini.

Bila anda beli sahaja barangan Watsons buy 1 free 1 ini pasti anda rasa berbaloi-baloi. Nak-nak lagi jika anda buat pembayaran menggunakan kad members Watsons.

Lagi banyak kelebihan yang anda dapat. Antaranya anda boleh membeli Sakae Sushi, Hui Lau Shan, dan BBQ Chicken, dengan harga promosi yang diberi oleh Watsons.

Wah bukan sahaja dapat barangan Watsons dengan harga yang murah, dapat pula beli makanan kegemaran ramai ini dengan harga promosi. Memang terbaiklah!

5. Pembelian RM60 dapat free Baucar RM500

Jika anda membeli di Watsons pasti jumlah bayaran anda lebih dari RM60 bukan? Inilah peluang terbaik untuk anda shopping! Nak tahu kenapa?

Sekiranya anda membeli sebanyak RM60 keatas anda akan dapat percuma RM500 tahu. Banyak tu! Boleh buat anda shopping sehingga tak ingat dunia.

Tapi yang pastinya anda haruslah ada kad members Watsons. Barulah anda boleh dapat kesemua keistemewaan ini!

Nak-nak lagi sekarang Watsons berikan anda percuma 2,000 mata ganjaran apabila anda membeli barangan jenama Watsons RM50 dan ke atas . Menarik bukan?

Yang belum mendaftar sebagai members Watsons, lebih baik anda buat pilihan yang bijak bermula sekarang.

Lagi-lagi sekarang Watsons dah upgrade kad members dengan pelbagai kelebihan menarik.

6. Aplikasi Boost

Menarik lagi di Watsons, jika anda membuat pembayaran menggunakan aplikasi Boost anda akan dapat 8x mata ganjaran! Jangan lepaskan peluang hebat ini tau.

Dengan mata ganjaran ini pelbagai barang keperluan yang anda boleh dapat. Jadi apa tunggu lagi, cepat muat turun aplikasi Boost dalam telefon bimbit anda sekarang.

Ada promosi giler lagi! Untuk bulan ini pemilik kad members Watsons akan dapat 60% potongan harga untuk setiap pembelian barangan kedua. Menarik kan? Cepat pergi buat kad members Watsons!