Menjelang bulan Ramadan, golongan yang paling sibuk dan stress adalah geng mak-mak. Tidak kisah sama ada bekerja mahupun suri rumah sepenuh masa, tapi golongan inilah yang tidak akan lari dari rutin harian mereka di rumah.
Bukan sahaja perlu menguruskan anak-anak tetapi terpaksa melayan kerenah mereka yang tidak menentu setiap hari.
Bercakap soal anak, pasti golongan ini tidak terlepas dari 5 cabaran yang bakal kami kongsikan ini demi untuk melakukan yang terbaik untuk anak dan suami sempena Ramadan.
1. Jadi Alarm Bergerak Semasa Bangun SahurTugas pertama geng mak-mak menjelang Ramadan ada menjadi kunci jam yang paling berkesan untuk kejutkan keluarganya bangun sahur. Jika geng mak-mak ni terlajak tidur pasti satu rumah tidak bangun sahur.
Dan bukan itu sahaja, geng ini juga akan masak seawal pagi hanya untuk menyediakan menu sahur yang baru. Cuba bayangkan kalau mak anda tidak kejutkan anda bersahur dan tidak menyediakan menu sahur, agak-agak anda larat tak untuk terus berpuasa?
Bekerja atau suri rumah, jika seseorang wanita itu digelar menerima ‘pangkat’ mak pastinya di fikiran mereka akan memikirkan juadah baru untuk berbuka puasa.
Nak pula mempunyai anak yang banyak ragam dalam bab makanan, memang letih si mak ikutkan karenah anak. Di bulan puasa inilah anak-anak inginkan juadah yang rare dan tugas mak adalah cari menu baru di mr Google.
Itu belum kira lagi ibu yang terkejar-kejar pulang dari tempat kerja dan pergi ke pasar untuk dapatkan barangan basah yang fresh.
Selesai fikir bab juadah, golongan mak-mak ini akan ‘berperang’ dengan anak kecil yang terlalu hiperaktif dalam setiap gerak geri.
Sudahlah berpuasa, nak pula jaga anak yang hiperaktif, mak mana yang tidak letih. Dan ini merupakan cabaran yang paling besar buat geng mak-mak.
4. Tiada me-time Untuk Lakukan IbadahBila mempunyai anak kecil ini, memang tiada masa lah untuk mak-mak menunaikan solat terawih setiap hari dan kerjakan ibadah sunah.
Mana tidaknya, di siang hari letih menjaga anak kecil dan layan ragam-ragam mereka, pastinya di waktu malam geng mak-mak ini keletihan sehinggakan kadang kala tertinggal solat terawih dek kerana terlalu letih melayan keluarga.
5. Berasa Letih Sepanjang HariSelepas penat bertungkus lumus menyediakan juadah berbuka, melakukan kerja rumah serta melayan kerenah anak-anak, Geng mak-mak perlu segarkan diri dengan sesuatu yang boleh buat anda kekal segar.
Caranya yang paling berkesan dan mujarab untuk mak-mak kembalikan semula kesegaran selepas seharian mengurus anak tanggungjawab yang melanda sepanjang Ramadan hanya dengan menggunakan ubat gigi Darlie Double Action.
Pastikan mak-mak gunakan ubat gigi Darlie Double Action ini pada waktu pagi dan malam sebelum tidur. Kesegaran Darlie Double Action dapat menaikkan ‘mood’ mak untuk kembali ceria dan menghilangkan segala tekanan.
Jika mahu lebih banyak tips untuk mak-mak urus anak dan keluarga di bulan Ramadan jangan lupa untuk tonton ragam Geng Mak-Mak di Astro Gempak yang pastinya menghiburkan!