“Ini Adalah Anugerah Yang Maha Agung Buat Kami Berdua”
Dijemput menjadi tetamu Allah bagi mengerjakan ibadah Haji tahun ini, pelakon Nelydia Senrose meluahkan rasa syukur serta menyifatkan ianya satu nikmat besar dalam hidupnya.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Nelydia memaklumkan dia dan suami, Mohd Hafez Halimi berangkat ke Tanah Suci semalam bagi menunaikan rukun Islam kelima itu.
BACA: Sakan Bercuti, Nelydia Senrose Tanggal Tudung?
View this post on Instagram
“Dengan rasa penuh kesyukuran, gembira dan tawadhu’ diatas kebesaran Sang Pencipta yang Maha pengasih dan mengasihani yg mengizinkan kami untuk menjadi tetamu Allah bagi menunaikan ibadah Haji.
“Ini adalah anugerah Allah yang maha agung buat kami berdua. Tidak akan terlawan dengan anugerah dariNya ini, yang tidak akan mungkin saya dustakan, sehingga ke akhir hayat,” tulisnya.
Dalam entri itu juga, Nelydia turut mengambil kesempatan memohon maaf kepada semua sebelum berangkat ke kota Mekah serta mendoakan urusannya dan suami dipermudahkan.
Terdahulu, Nelydia dan suami pernah ke Tanah Suci Mekah menunaikan ibadah Umrah pada penghujung tahun lalu.
Jangan time tunai haji je kau behijab, haji melakukan haji, buka lagi…dosa ditanggun suami tau..
Kemaiinnn AYAT ANUGERAH!! nko mcm tu jugekkkk
ada duit boleh la..
nely. harap lps ko blk drpd bt haji, pki la tdung ok..haji tak wajib. Yg wajib tutup aurat..smga yg baik2 utk ko. aamiin
moderator rk ni sapa eh? komen i takdernye die nk aprove!!