fbpx

Bergelar seorang wanita bukanlah mudah. Meskipun sibuk dengan kerjaya, penampilan diri juga harus dijaga untuk sentiasa kelihatan berseri.

Meskipun anda bukan seorang yang pencinta barangan kosmetik, setidak-tidaknya anda harus mempunyai barangan yang paling basic untuk touch up wajah anda. Misalnya seperti lipstik, eyeliner dan blusher. Antara ketiga-tiga barangan ini, eyeliner adalah satu barangan yang sukar untuk dipilih dan juga dilukis.

Jadi tak salah jika kali ini kita berbicara soal eyeliner yang ternyata akan bagi kesan yang cantik pada bahagian mata anda. Mempunyai pelbagai jenama eyeliner yang bagus dan cantik namun eyeliner dari Jepun ini menjadi kegilaan wanita yang ingin cepat bersiap.

1. Canmake Quick Easy Eyeliner

Eyeliner Canmake Quick Easy Eyeliner yang popular di Jepun dan juga popular di kalangan wanita di Malaysia ini sedikit sebanyak menguji kesabaran para pengguna terutamanya bagi mereka yang tidak pernah mencuba eyeliner berbentuk cecair ini.

Mempunyai ketebalan 1.65mm ini sangat sesuai jika anda mempunyai selapuk mata yang luas. Bagi anda yang ingin melukis smoking eye. Anda harus berhati-hati, takut-takut terlajak tebal pula.

Tetapi yang paling bestnya ia sangat senang dibasuh, dan kalau terkena air hujan pun tak mudah untuk tertanggal. Jadi tak dak lah nampak mata anda menangis air mata hitam dek kerana kesan eyeliner tu.

2.Majolica Majorca Linehunter

Berus pada Eyeliner Majolica Majorca Linehunter dikatakan sedikit halus dari eyeliner canmake dan ini bermakna anda mudah untuk melukis garisan tebal mahupun nipis di bahagian mata.

Lebih menarik lagi eyeliner ini juga kalis air dan juga tidak mudah luntur jika anda berpeluh. Tapi ingat, eyeliner ini sedikit kering jika nak dibanding dengan eyeliner canmake.

Bila mempunyai berus yang halus tetapi kering anda harus mempunyai kesabaran yang tinggi semasa membentuk mata anda.

3. Heroine Make Liquid Eyeliner

Okey, eyeliner ini sama seperti eyeliner lain yang tahan peluh, mudah dicuci dengan makeup remover, dan senang dilukis di keliling mata anda.

Tapi yang menariknya mengenai eyeliner ini adalah ia sangat sesuai untuk look smoking eye. Dimana anda akan lukis garisan di bahagian hujung mata dengan sedikit tajam dan keatas.

Warnanya pula cukup cantik dan hanya dengan sekali tarik sahaja anda akan dapat bentuk garisan di mata anda seperti yang anda inginkan. Ramai juga yang love dengan heroine make liquid eyeliner ini.

4. Dejavu Cream Pencil Eyeliner

Okey! Ini antara eyeliner yang paling tak sabar kami nak kongsikan dengan anda. Bagi anda yang sebelum ini belum pernah mencuba sebarang eyeliner. Dejavu cream encil eyeliner inilah yang paling sesuai untuk anda grab.

Jika dibahagian atas kami berkongsi mengenai cecair eyeliner. Kali ini kami kongsi mengenai pensil eyeliner yang menggabungkan semua jenis eyeliner iaitu cecair eyeliner, pensil eyeliner dan gel eyeliner. Kiranya dejavu eyeliner ni mempunyai element 3 in 1.

Mempunyai bentuk ultra halus bersaiz 0.65mm akan memudahkan lagi anda untuk melukis. Ini semua gara-gara dejavu eyeliner ini tidak menggunakan berus tapi berbentuk pencil yang mempunyai mata leper.

Jadi bagi anda yang belum pernah melukis eyeliner tu apa kata try guna eyeliner dejavu ini. Confirm puas hati sebab tak perlu nak betulkan garisan banyak kali.

Jika anda menggunakan cecair eyeliner anda perlu berhati-hati untuk melukis takut terlajak tebal di bahagian mata. Tetapi dengan dejavu eyeliner ni lukis sahaja ikut ketebalan yang anda mahu.

Jika anda mahu garisan yang tebal guna pada bahagian tengah pensil. Jika mahu garisan halus guna di bahagian hujung pencil.

Dejavu cream pencil eyeliner ini hadir dalam 4 pilihan warna iaitu Real Black, Dark Brown, Natural Navy dan Mauve Brown. Jadi anda boleh pilih warna mana yang anda suka mengikut mood dress up anda.

Yang paling best dejavu eyeliner ini tahan sehingga 24 jam dan sangat mudah untuk ditanggal. Hanya dengan sekali cucian sahaja dah hilang eyeliner anda.

Memang love habislah jika anda jadikan dejavu eyeliner ini sebagai eyeliner pilihan anda. Yang penting tak perlu frust untuk lukis eyeliner dek kerana bentuknya yang mudah.

Jadi apa tunggu lagi, jom serbu Watsons, Playup Parkson, Aeon, SaSa dan Tokyoninki untuk dapatkan eyeliner yang paling top, mudah dan senang ditanggal ini.

Ingat nak cantik kena pandai pilih barangan makeup barulah nampak meletop.

Nak tahu lebih banyak maklumat mengenai eyeliner ini jom baca di sini.