fbpx

Ini 3 Cara Mudah Untuk Tengok Konsert Siti Nurhaliza!

Cuba bayangkan, anda memang minat Dato’ Siti Nurhaliza dari bangku sekolah lagi kemudian anda diberikan peluang untuk menyaksikan persembahan secara live, adakah anda sanggup lakukan apa saja untuk penuhi impian anda? Lebih-lebih lagi, Siti sendiri menyatakan bahawa dia mahu berehat sebentar dari bidang nyanyian selepas ini.

Oleh itu, sebuah konsert berskala besar – Konsert Dato’ Siti Nurhaliza & Friends – akan berlangsung di Stadium Negara pada 2 April 2016 nanti. Lebih manis lagi, konsert ini juga merupakan konsert dalam meraikan ulangtahun ke 20 Dato’ Siti Nurhaliza di dalam industri muzik.

“Konsert ini akan menjadi hadiah kepada peminat saya dan ia adalah terhad kepada 6,000 orang bertuah yang melanggan aplikasi Yonder Music,” katanya sebelum ini. Selain Siti, persembahan konsert itu juga turut disertai nama hebat industri muzik seperti Faizal Tahir, Hafiz Suip, Anggun, Afgan, dan Cakra Khan.

Siapa tahu, mungkin anda adalah orang bertuah yang terpilih untuk menyaksikan Siti Nurhaliza menyanyi di depan mata. Jadi, bagi pengguna Celcom, jangan lepaskan peluang anda. Ikuti 3 langkah mudah di bawah.

Pengguna XPAX

1. Langgan Pek Internet Bulanan
2. SMS ke 28882
3. Aktifkan aplikasi Yonder Music

Jika anda ingin betul betul berada di depan pentas ketika konsert berlangsung, anda bolehlah melanggan pelan FATTNET RM88 dan sekaligus berpeluang untuk mendapatkan tempat duduk yang paling hampir dengan Siti Nurhaliza nanti.

Ini 3 Cara Mudah Untuk Tengok Konsert Siti Nurhaliza - New

Jika anda pengguna Android, klik sini untuk muat turun aplikasi dan pengguna iPhone, klik sini untuk muat turun aplikasi.

7-Ini-3-Cara-Mudah-Untuk-Tengok-Konsert-Siti-Nurhaliza---ROTIKAYA
Pemenang untuk tiket konsert ini akan dipilih secara rawak setiap hari. Jadi tunggu apa lagi. Mungkin anda adalah orang yang bertuah dan terpilih untuk saksikan persembahan Siti Nurhaliza secara live!

Jika tidak mahu ketinggalan, ikuti laman Facebook Yonder Music atau dapatkan butiran lanjut mengenai konsert di sini.