fbpx

Selain daripada gambar yang berkualiti yang anda ingin simpan sebagai memori, video juga tidak kurang hebatnya. Apatah lagi dengan rakaman video anda boleh melihat sendiri apa yang berlaku pada saat dan ketika itu.

Kali ini, telefon pintar OPPO tidak hanya semata-mata memberi tumpuan terhadap kualiti gambar tetapi turut memainkan peranan dalam kualiti video yang kini lebih memberi fokus kepada telefon pintar keluaran terbaru mereka iaitu OPPO Reno2 Series.

OPPO Reno2 Series ini dilengkapi dengan empat kamera belakang yang menyokong Ultra Dark Mode, dan Ultra Steady Video yang menjadi kegilaan selebriti terkenal, seperti Neelofa, Naim Daniel dan Saharul Ridzwan.

Lebih menarik lagi, reka bentuk OPPO Reno2 Series yang dihadiri dengan warna luminous black dan sunset pink ini mempunyai rekaan badan yang melengkung dengan kamera belakang yang kekal di bawah penutup belakang dan diperbuat daripada gorilla glass yang tahan lama.

Tambah menarik lagi, keluaran OPPO kali ini tidak hanya semata-mata mengeluarkan OPPO Reno2 malah OPPO Reno2 F juga turut akan mendarat di Malaysia tidak lama lagi dengan 2 pilihan warna iaitu sky white dan lake green.

Nak tahu apa yang best mengenai OPPO Reno2 Series ini? Jom kita terokai satu persatu kelebihannya!

1. 5x Hybrid Zoom


Dengan kuasa 5x hybrid zoom yang terdapat dalam mod OPPO Reno2 ini membolehkan anda untuk rakam memori terindah bersama insan tersayang meskipun dalam keadaan jarak jauh.

2. 20x Digital Zoom


Bagi yang gemar merakam video sangat sesuai jadikan OPPO Reno2 sebagai pilihan anda. Reno2 kali ini dilengkapi dengan 5x zum hibrid dan 20x zoom digital untuk rakaman gambar yang lebih ultra kualiti tinggi meskipun dalam keadaan jarak yang jauh.

3. Ultra Steady Video


Bila bercakap bab video, OPPO Reno2 ini memang paling awesome kerana ia dilengkapi dengan Ultra Steady Video dengan kesan bokeh, pengurangan bunyi dan zoom audio yang menarik.

Ultra Steady Video ini akan bertindak menstabilkan video yang diambil semasa jogging, ski, berbasikal atau perjalanan dengan kuasa Electronic Image Stabilization (EIS) dan Optical Image Stabilization (OIS) yang mengimbangi pergerakkan.


Lebih menarik lagi, dengan kecanggihan ini anda boleh merakam video dengan kadar bunyi yang sangat perlahan. Jadi jangan bimbang bunyi-bunyi yang tidak diundang akan masuk kedalam video anda ketika rakaman berlangsung!

4. Ultra Dark mode

Jika anda melakukan rakaman pada waktu malam sekali pun OPPO Reno2 masih mampu merakam setiap objek yang ada. Anda hanya perlu gunakan Ultra Dark Mode sahaja. On sahaja mod ini, pastinya setiap video anda akan lebih berkualiti meskipun rakam dalam keadaan cahaya yang kurang.

5. Ultra Macro Mode

Dengan kuasa ultra macro mode yang terdapat pada OPPO Reno2 ini akan menjadikan gambar close up anda lebih cantik dan mampu fokus kepada objek dengan lebih tepat. Gambar seperti ini sangat sesuai untuk dimuat naik di laman Instagram.

6. Ultra Wide Angle

Kali ini anda tak perlu lagi rapat-rapatkan badan anda dengan rakan-rakan untuk mengambil gambar, gara-gara bimbang ada rakan anda yang tidak masuk dalam frame gambar. Gunakan sahaja kuasa ultra wide angle sekaligus boleh menangkap mengambil gambar yang luas meskipun dalam keada ruang yang kecil dan terhad. Paling best mode ini sangat sesuai digunakan pada waktu siang mahupun malam.

7. Sistem Penyimpanan Yang Besar

Ha, bagi yang gemar muat turun game atau sebarang aplikasi yang banyak tu, anda harus mempunyai sistem penyimpanan yang besar seperti OPPO Reno2.

Jika anda miliki OPPO Reno 2 anda boleh muat turun apa sahaja aplikasi tanpa risaukan storage akan penuh. Ini semua gara-gara OPPO Reno2 dilengkapi dengan 8GB RAM 256GB ROM.

8. VOOC 3.0 dan 4000mAh

OPPO Reno2 juga dilengkapi dengan lima lapisan perlindungan yang meliputi semua aspek proses pengecasan dengan cepat dan selamat.

Bukan itu sahaja, OPPO Reno2 ini dijana oleh kebesaran bateri 4000 mAh yang tahan lama. Senanglah lepas ini anda travel tanpa risau bateri akan habis dalam kadar masa yang cepat!

9. Skrin 6.5inch Sunlight AMOLED Yang Menawan

OPPO Reno2 ini dilengkapi dengan skrin 6.5 inci, dan nisbah badan 93.1% yang diperbuat daripada corning gorilla glass yang tahan lama. Kecanggihan skrin Sunlight AMOLED mampu memberi kecerahan yang mencukupi walaupun dalam persekitaran luaran yang terang.

Terjah Roadshow Pertama Jualan OPPO2 Series

Tetapi bagi anda yang tak sabar untuk miliki telefon pintar OPPO keluaran terbaru ini, anda boleh terus terjah roadshow OPPO pada 26hb Oktober 2019 di Sunway Pyramid (LG2 Orange Concourse).

Sebelum terjah tu anda bolehlah buat pre oder OPPO Reno2 dan pre order OPPO RENO2 F dahulu. Nak tahu kenapa?

Sebabnyaa, jika anda lakukan pre order anda boleh dapatkan bag eksklusif OPPO bernilai RM199 dan warranty screen selama 1 tahun.

Dah siap lakukan pre order tu, jangan lupa pula untuk datang Sunway Pyramid ambil telefon pintar keluaran OPPO pesanan anda. Orang paling awal datang akan dapat minunam ‘KOI’ bubble tea secara PERCUMA. Siapa cepat dia dapat!

Tetapi jika anda membeli telefon pintar keluaran OPPO ini di Sunway Pyramid ketika roadshow berlangsung anda bakal dapat hadiah yang lagi WOW. Antaranya VOOC powerbank dan Enco Q1 Headphone bernilai RM868 serta anda juga akan mendapat bag Eksklusif OPPO Reno bernilai RM199. WOW banyaknya hadiah yang anda akan dapat!

Maklumat lanjut layari laman rasmi OPPO dan kedai rangkaian OPPO!

Bagi anda yang masih lagi keliru sama ada inginkan OPPO Reno 2 atau RENO 2F. Nah kami bagi anda bandingkan kedua-dua telefon pintar keluar OPPO ini.