fbpx

Ingin Fasha Sandha Datang Rumah Terbuka Anda?

Watsons ini boleh tahan juga dia punya promosi untuk Aidilfitri ini. Bukan main-main ya, siap nak ajak anda datang untuk rumah terbuka yang turut akan dihadiri oleh Fasha Sandha namun ia terhad untuk 10 orang pemenang bertuah sahaja. Tapi daripada 10 orang itu sebenarnya ada rahsia lagi yang anda perlu tahu.

Nak tahu apa rahsia tersebut, kami kongsikannya di bawah. Bagi yang betul-betul setia dengan Watsons, inilah peluang yang anda tidak dapatkan lagi pula cara nak dapatkan undang ke rumah terbuka Watsons ini sangatlah mudah!

Hanya Untuk Ahli Watsons Sahaja

Jika anda sudah menjadi ahli Watsons, inilah peluang anda untuk sama-sama menghadiri rumah terbuka ini. Siapa yang tak jadi ahli Watsons memang rugi’kan? Selain kumpul point, Watsons memang selalu ada tawaran gila yang susah untuk ditolak!

Gandakan Peluang Anda

Okay, jika anda belum daftar lagi dan tak sabar ingin memenangi jemputan rumah terbuka Aidilfitri ini, cepat-cepat ikut maklumat yang kami sediakan ini:-

Langkah 1:
Daftarkan VIP kad anda. Ahli mesti mendaftar dengan emel dan nombor telefon yang sah di sini – https://www.watsons.com.my/register/main

Langkah 2:
Belanja RM30 atau lebih hanya untuk berangan berjenama Watsons sahaja di mana-mana outlet atau online di dalam satu resit. Apa yang anda belanjakan itu bersamaan dengan 1 penyertaan.

Tapi jika anda adalah ahli Elite, belanja RM30 atau lebih hanya untuk berangan berjenama Watsons (di dalam satu resit), ia melayakkan anda dengan 2 penyertaan!

Antara barangan pembelian yang boleh mengesahkan penyertaan anda ialah Arome by Watsons, Collagen by Watsons, Hair System by Watsons, Naturals by Watsons, Target Pro by Watsons dan Water360 by Watsons.

*Touch ‘n Go Reload, Pin Top-Up, pulangan wang atau mana-mana produk yang tidak berkaitan dikecualikan dan tidak melayakkan anda untuk mendapaat sebarang penyertaan.

Langkah 3:
Jika anda sudah daftarkan kad dan juga sudah berbelanja mengikut syarat yang ditetapkan, anda perlu isi borang peraduan di sini, jangan lupa pulak ya – watsons.com.my/promo-rayaopenhouse

10 Orang Pemenang Boleh Bawa 30 Orang Lagi!

Inilah rahsia yang kami maksudkan. Walaupun hanya 10 orang pemenang sahaja yang akan dipilih sebagai pemenang, sebenarnya anda boleh membawa maksimum 30 orang lagi ke rumah terbuka Aidilfitri itu nanti. Memang riuh dan meriahlah nanti rumah terbuka’kan? Nak senang datang, sewa bas terus.

Bagaimanapun, untuk tidak ketinggalan menyertai peraduan ini, cepat-cepatlah bertindak sekarang kerana ia sudah pun bermula pada 15 Mei 2018 lalu dan akan berakhir pada 16 Jun ini. Jom layan video pendek di bawah jika nak tahu lebih lanjut!