Sah menjadi tunangan Mohd Habib Bullah pada September lalu, Diana Amir mengharapkan agar pernikahannya berlangsung cepat.

Walaubagaimanapun, Diana lebih gemar jika kisah peribadinya tidak terlalu didedahkan kepada umum.

“Saya taknak terlalu terbuka pasal pertunangan. Takut kalau tak jadi, saya dan keluarga juga yang akan malu”

“Majlis nikah belum ditetapkan lagi bila. Tapi kalau cepat lebih elok. Kalau ada jodoh, InshaAllah kami akan berkahwin”

Ditanya samada akan berhenti dari bidang lakonan setelah dirinya bergelar isteri, Diana menjawab, “saya akan teruskan lakonan selagi ianya tak memalukan saya dan keluarga. So far tunang ok — kalau saya ada buat silap, dia (tunang) ada menegur”

Diana masih aktif dalam lakonan seperti biasa. Cuma kadangkala kurang naskah yang bersesuaian dengan dirinya, sedikit membataskan diri beliau untuk berlakon.

“Kebanyakkan skrip tak sesuai dengan imej Diana sekarang. Diana memang ada perancangan untuk menulis skrip. Memandangkan skrip yang berunsur Islamik tidak banyak sekarang ni. InshaAllah satu hari nanti. Masih lagi dalam perancangan”

Ini yang terbaru sampai ke telinga kami, Diana Amir dikhabarkan bakal meninggalkan syarikat MIG tidak lama lagi. Dalam erti kata lain nya, menarik diri. Mungkin Diana dapat tawaran yang lebih baik untuk dirinya.

Untuk pengetahuan, Diana telah menandatangani kontrak selama 5 tahun bersama MIG. Walaubagaimanapun jika tidak silap perkiraan kami, kontrak Diana masih berbaki 2 tahun.

Setakat ini kami belum lagi dapat mengesahkan kesahihan berita ini. Apa pun, kami akan mendapatkan Diana Amir nanti bagi menjelaskan perkara tersebut.