Penyanyi Datuk Fazley Yaakob berkata mereka mahu memberi laluan kepada Bella Astillah dan Syed Saddiq untuk ke gerbang perkahwinan terlebih dahulu sebelum tiba giliran mereka.

Memetik Utusan Online, Fazley berkata keputusan untuk berkahwin dengan Datuk Seri Vida memerlukan masa dan persiapan rapi apatah lagi membabitkan penyatuan dua keluarga bersama anak-anak.

BACA: “Siapa Cakap Saya Tak Ada Duit? Kalau Orang Tengok Latar Belakang Keluarga Saya…” – Fazley

“Ramai yang bertanya bila kami akan bernikah. Perlu difahami, ini adalah penyatuan dua keluarga, iaitu seorang duda dan seorang janda. Ia memerlukan proses asimilasi selain memastikan semua dokumentasi dan persiapan dilakukan dengan sempurna.

“Buat masa ini, saya mahu memberi laluan dan ruang kepada ‘adik-adik’ saya, Syed Saddiq dan Bella Astillah, untuk menyelesaikan urusan mereka terlebih dahulu. Insya-Allah, doakan selepas itu mungkin giliran abang dengan ‘kakak’ pula,” katanya.

Sementara itu, Fazley berkata keperibadian Vida yang sangat tenang dan memetingkan agama membuatkan dia jatuh hati berbeza dengan yang dilihat di hadapan kamera.

“Individu yang saya jatuh hati ialah seorang yang sangat tenang, sopan santun dan mementingkan agama. Di belakang kamera, dia sangat menitikberatkan solat sunat, berzikir dan membaca al-Quran setiap hari. Meskipun orang luar sering mengkritik soal solekan tebal, bagi saya, itu hanyalah ‘persona’ untuk kerjayanya.

“Di mata saya, dia adalah wanita yang sangat merendah diri dan hebat pegangan agamanya. Itulah yang membuatkan saya yakin dia mampu menjadi teman hidup hingga ke syurga,” katanya.

Sumber: Utusan Online

×