Usia anak sulungnya kini sudah mencecah 9 bulan, namun pasangan selebriti Neelofa dan Haris Ismail masih belum mendedahkan wajah putera mereka, Muhammad Bilal kepada umum.
Bagaimanapun, bulan lalu Neelofa berkata dia terbuka untuk mendedahkan Muhammad Bilal kepada umum tidak lama lagi.
BACA: Neelofa Akan Dedah Wajah Bilal Tak Lama Lagi
Baru-baru ini, tular video di aplikasi TikTok memaparkan seorang bayi lelaki dikatakan anak kepada pasangan selebriti itu.
Menerusi video dimuat naik seorang individu, bayi yang didukung oleh seorang wanita didakwa Neelofa dan suami, PU Riz di sebuah hospital atau klinik dipercayai Muhammad Bilal.
Perkongsian individu itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen mengatakan wajah Bilal seiras dengan sepupunya iaitu Jebat Jayden.
Dalam pada itu, ada yang beranggapan itdak perlu mengambil foto ‘curi-curi’ seperti itu kerana melanggar privasi seseorang apatah lagi menyebarkannya di media sosial.