fbpx

Seorang lelaki mendedahkan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza pernah membantu membiayai kos pembedahan jantung arwah anaknya.

Perkara itu dikongsikan oleh individu berkenaan di TikTok dimana dia dan isteri menemui jalan buntu apabila anak mereka perlu dibedah akibat mengalami masalah jantung berlubang.

BACA: “Siti Nurhaliza, Saya Minta Maaf, Mak Saya Dah Marah, Ambillah Balik Penyanyi No. 1” – Aliff Syukri

Mereka kemudian mengambil keputusan untuk mengeluarkan tabungan mereka dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memandangkan kos pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN) sangat mahal.

@sitism_era

? Menjaga Cintamu – Original Soundtrack From Anwar, The Untold Story – Dato’ Sri Siti Nurhaliza

Bagaimanapun, mereka tidak menyangka wakil daripada syarikat Siti Nurhaliza iaitu Simply Siti datang menghulurkan bantuan.

“Kisah di IJN pada 20 Jun 2012, anak saya perlu menjalankan pembedahan jantung berlubang. Saya di dalam bilik tafsiran bersama isteri, tak ada pilihan nak kena keluarkan KWSP sebab kos.

“Tiba-tiba wakil Simply Siti datang, terus menawarkan bantuan kewangan, kos pembedahan. Berderai air mata jantan aku,”katanya.

Dalam pada itu, individu berkata dia terhutang nyawa dengan penyanyi itu serta mendoakan kesejahteraan buat Siti di atas kebaikan yang diberikan.

Menurutnya lagi, meskipun anaknya itu sudah tiada, namun dia dan isteri sempat meluangkan masa dengan anaknya itu selama tiga bulan.

“Anak saya sudah tiada, tetapi dia sempat berlari dan beraya. Tiga bulan dia ada bersama kami. Demi Allah perkara ini benar, terima kasih Siti. Aku kenang sepanjang hayat, hanya Allah mampu membalasnya.

“Kami sekeluarga pernah berhutang nyawa dan budi dari Siti. Sehabis hayat saya akan kenang dan bersyukur. Saya doakan Siti Nurhaliza terus diberkati Allah,” katanya.