fbpx

Individu Cuba Goda Bekas Suami Nad Zainal

Perkongsian Insta Story bekas suami kepada Nad Zainal iaitu Faliq Amiruddin menjadi perhatian ramai apabila memuat naik mesej diterima daripada individu tidak dikenalinya.

Menerusi perkongsian itu, individu tersebut mengatakan dia ingin berkawan dengannya, namun bapa kepada dua cahaya mata itu menolak perlawaan terbabit.

BACA: “Yem Tanya Emaknya, Saya Tenangkan Dia…” – Bekas Suami Nad Zainal

“Saya ikhlas, boleh kita jadi kawan?,” tanya individu itu sebelum dibalas Faliq dengan emoji pangkah.

Bukan itu saja, individu tersebut turut mahu memberikan hadiah kepada Faliq seikhlas hati namun ditolak oleh Faliq kerana tidak mengenali individu berkenaan.

“Mak saja ajar tidak boleh mengambil apa-apa daripada individu tidak dikenali,” balasnya.

Terdahulu, Faliq dan Nad Zainal pernah berkahwin pada 18 Disember 2015 namun disahkan bercerai pada September 2022. Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Fahad Ibrahim dan Budi Kalsom.