Setelah dua tahun mengikat tali pertunangn bersama bakal suaminya, penyanyi Indah Ruhaila merancang untuk menamatkan zaman bujangnya pada tahun depan dan sehingga kini masih mencari tarikh yang sesuai.
BACA: Indah Ruhaila Nafi Potong Rambut Pendek Untuk Jadi Pengkid
“Insya-Allah tidak lama lagi, dalam tahun depan kami merancang untuk mendirikan rumah tangga selepas dua tahun juga mengikat tali pertunangan. Kalau boleh saya memang mahu berkahwin sebelum umur 30 tahun, kalau jadi akhir tahun depan, awal tahun depan kami akan buat persiapan sedikit-sedikit dahulu”
“Dua tahun ini memang banyak cabarannya, lebih banyak ujiannya selepas keluar daripada Akademi Fantasia 2013 lalu. Gosip-gosip seperti putus tunang dan gosip cinta bersama seorang pelakon juga antara yang paling terkesan terutamanya kepada pihak keluarga lelaki,” jelasnya kepada mStar Online.
Apa pun, semoga perancangan Indah dalam mendirikan rumah tangga dipermudahkan. Perkara yang baik tidak harus dilengah-lengahkan. Semoga perkahwinan pasangan ini nanti bakal membuka lembaran hidup baru yang lebih bermakna. (rtky/s)
Gambar Ihsan: UTUSAN MALAYSIA