fbpx

AN INCONVENIENT TRUTH 2 Kongsi Realiti Kemusnahan Bumi

Pernah menjengah pawagam dalam menyedarkan masyarakat dunia tentang betapa pentingnya menjaga alam sekitar, kali ini Al-Gore kembali semula membangkitkan isu sejagat ini.

Kedengaran mungkin seperti klise, namun isu yang dibawakan dalam dokumentari AN INCONVENIENT TRUTH 2 ini sememangnya realiti kepada perkara sebenar yang terjadi ketika ini.

Tidak semata mata menumpukan masalah yang terdapat di Amerika Syarikat, dokumentari ini dalam masa yang sama menyelam lebih dalam lagi terutamanya permasalahan pemanasan global yang sering dipandang ringan oleh sesetengah pihak.

Malah jika melihat pada negara Malaysia sendiri, sikap manusia yang tidak bertanggungjawab seringkali menyebabkan kejadian tanah runtuh yang melibatkan nyawa manusia, banjir besar yang turut memusnahkan kediaman serta penerokaan bauksit secara haram yang jelas sekali membuatkan kehidupan orang sekeliling sungguh terganggu.

Apa yang lebih menakutkan, statistik dan juga perkongsian Al-Gore tentang kemusnahan bumi ketika ini adalah sangat membimbangkan. Alangkah indahnya semua umat manusia di bumi ini bersatu demi mendapatkan alam sekitar yang sentiasa meminta pertolongan kita menyelamatkan mereka.

Namun kelekaan manusia itu jugalah yang menyebabkan kita sering kali ditimpa masalah apaila sudah selesa. Tidak meenyalahkan manan-mana pihak, AL-Gore meneruskan misi memberi pengetahuan kepada orang ramai melalui dokumentari kedua ini.

Jangan lupa saksikan sendiri bagaimana setiap isu dan permasalahan alam sekitar dikupas oleh Al-Gore di pawagam pada 24 Ogos ini. Atau jika tak sabar, boleh layan trailer di bawah.