fbpx

Inai Neelofa Asli, Ditapis Sebanyak 9 Kali

Pasti ramai tahu selebriti popular, Noor Nelofa muncul dengan produk keluaran terbaru iaitu Inai NunHa yang mendapat sambutan hangat daripada peminat.

Bagaimanapun, hangat diperkatakan apabila rata-ratanya mempertikai inai terbabit berwarna hitam seakan-akan lebam seolah-olah terkepit pintu dan tidak merah seperti inai lain.

BACA: Neelofa Terkejut Dilamar Jenama Fesyen Dunia Walau Sudah Berniqab

Memetik Getaran, Neelofa berkata warna yang terhasil daripada Inai Nunha adalah warna yang asli dan tidak ditambah sebarang pewarna tiruan.

“Perkara pertama yang saya titikberatkan sebelum mengeluarkan inai ini ialah saya tidak mahu ia mempunyai sebarang kandungan bahan kimia, pewarna makanan atau benda yang pelik-pelik untuk warnanya cepat resap dan sebagainya.

“Berpuluh sampel yang diberikan. Ada yang dua tona, yang boleh keluar warna, tak keluar warna, warna merah serta warna maroon. Akhirnya mereka bawa serbuk inai kepada saya. Perancangan awal bukan untuk jual serbuk pun,” katanya.

Dalam pada itu, Neelofa berkata serbuk Inai Nunha melalui beberapa proses penapisan sebelum ianya dijual kepada pelanggan.

“Ketika itu saya kata, apa kata kita jual yang serbuk ni dan biar pembeli bancuh sendiri. Kerana serbuk ini adalah serbuk inai asli yang telah ditapis sebanyak sembilan kali.

“Kalau kita buat inai sendiri dan kita tumbuk lumat-lumat, warnanya lebih cantikkan? Sama dengan inai saya ini, sebab ia adalah sejenis super fine powder. Sebab itu, warna dia boleh jadi terang dan gelap,” katanya.