November tahun lalu, nama bekas anggota kumpulan nasyid In Team, Suhaimi Saad kembali menjadi bualan ramai apabila dilaporkan mengalami masalah kesihatan mata yang kronik.
Kini turut sama membantu mencari pendapatan menyara keluarga, Ina Naim berkata suaminya suaminya masih menjalankan tanggungjawab sebaga ketua keluarga dan bapa kepada anak-anak mereka.
BACA: Ina Naim Jual Kosmetik, Pakaian Tambah Pendapatan Keluarga
“Alhamdullilah..suami saya masih lagi pikul tugas biarpun keadaannya tidak berapa sihat. Cuma sekarang ini saya kena lebih bertenaga dan kuat sebab suami tak boleh nak drive lagi akibat masalah mata dia.
“Walaupun begitu, dia tetap menjalankan tanggungjawab lain dengan baik. Suhaimi masih lagi boleh menyanyi, buat lagu dan persembahan.Kalau ada waktu terluang, dia akan mengurut orang lelaki selain uruskan pembelajaran anak-anak,” katanya.
Menjalankan perniagaan menjual laksa dan mi kari, Ina berkata dia tidak sama sekali berasa susah kerana apa yang dilakukannya adalah ikhlas dan minat.
“Saya pun ada berniaga antaranya jual laksa Kedah dan mi kari. Saya jenis orang tak suka duduk saja, nak juga buat sesuatu yang manfaat. Saya lebih selesa macam ini, tidak beri satu tekanan atau kesusahan pun sebab saya ikhlas dan minat,” katanya.
Meskipun pelbagai kontroversi terpalit suaminya, Ina berkata dia tidak pernah terkesan dangan segala kecaman. Malah suaminya sentiasa berkongsikan semua perkara termasuk tawaran perkhidmatan urut di aplikasi mencari pasangan sejenis.
“Untuk kecaman atau apa-apa yang negatif, saya memang tak pernah ambil kisah..dengar dan baca tapi tak simpan dalam hati. Dari awal saya popular dulu, memang tak ambil pusing hal-hal macam ni.
“Lagi-lagi membabitkan hal suami saya..dia memang tiada rahsia langsung dengan saya. Apa yang dia buat, dia akan jujur cerita dengan saya. Semua aplikasi yang di buat untuk khidmat urut, dia akan tunjuk dekat saya,” katanya.
Suhaimi dan Ina mendirikan rumah tangga pada Ogos 2007 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie,13, Sallman El-Khoyri,11, Phyrosh Efadwah,9, dan Nurlalyla Elghufrony 7 tahun.