fbpx

Imran Aqil Terkejut Bekas Kekasih Kini Tunang Yonnyboii

Dalam diam, hujung minggu lalu, penyanyi rap Yonnyboii selamat melangsungkan pertunangan dengan gadis pilihan hati bernama Nik Nazira.

Berita pertunangan itu ternyata mengejutkan bekas kekasih Nik Nazira iaitu Imran Aqil yang juga merupakan penyampai radio Hot FM. Hubungan yang dibina hanya mampu bertahan dua tahun, pemuda berusia 22 tahun itu tetap mendoakan kebahagiaan Nik Nazira.

BACA: “Tak Pernah Sayang Orang Lain Sehebat Ini” – Yonnyboii

“Kami sebenarnya berkawan bermain ‘game’ bersama, jadi apabila putus cinta pada 9 September lalu, tidak sangka mereka akhirnya mengikat tali pertunangan.

“Walaupun hampir dua tahun menyulam cinta, namun kami tidak ada jodoh. Saya memilih untuk tidak membuka lagi kisah lalu dan memandang ke depan. Saya doakan mereka berbahagia, cuma buat diri saya, beri sedikit ruang dan masa,” katanya.

Terdahulu, Yonny berkongsikan kegembiraan di Instagram bahawa kehidupannya bahagia sejak berkenalan dengan Nik Nazira yang kini sudah bergelar tunangnya.

Tambah Yonny lagi, dia tidak pernah menyayangi individu lain lebih daripada dirinya sehingga bertemu dengan Nik Nazira.